Wednesday, September 3, 2008

Harapan Ramadhan..

Assalamualaikum...
Selamat pagi..3rd Ramadhan menjelma sudah, sedar atau tidak kita dah pun memenuhkan 2hari pertama di bulan Ramadhan kali ini dan hari ini adalah yang ketiga...Alhamdullilah! Tetapi, apakah yang kita sudah lakukan sepanjang 2hari berpuasa ni? [3hari termasuk hari ini!].
Memenuhi syarat-syarat lahiriah berpuasa??
Menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yang membatalkan puasa...ditambah perisanya dengan melaksanakan sunat dan adab puasa seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran.


Cukupkah??! Berminat saya untuk berkongsi hasil pembacaan saya yang menyatakan bahawa untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita sememangnya perlu melaksanakan perkara yang tersebut diatas, tetapi itu saja tidak mencukupi [saya berkongsi kerana kebanyakan ramadhan diisi hanya dengan amalan2 di atas]... Hati bertanya, Jadi apa lagi ek??

Menurut Sheikh Said Hawwa di dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, Ada 6 perkara tambahan untuk kita beri perhatian jika kita benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasa kita:

a. Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau
memperdalamkan penglihatan
, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama. Demikian pula melihat apa saja yang menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah.

b. Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang
melampaui batas, atau berkata kotor, atau berkata yang sia-sia, atau berdusta atau mengumpat, atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau memamerkan diri sendiri.
Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.

dont follow the wrong way!!


c. Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.

d. Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa.

e. Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi.

f. Hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabin yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai-Nya...Nauzubillah!

Tamar/kurma sinonim dengan Ramadhan

Okey, kalo kalian masih lagi membaca mesti perasankan keenam2 perkara ini melibatkan tindakan deria dan anggota badan kita..Mungkin sukar untuk melaksanakan semuanya memandangkan keadaan sekeliling yang mulai ter'cemar' sekarang ini...Jadi apa yang difikirkan saya adalah kita perlulah berusaha me'minimise'kan penggunaan deria/anggota kita kepada perkara yang dilarangNya...insyaAllah..

Owhh sebelum terlupa dalam article tu ada terselit juga perkataan yang berbunyi Puasa untuk mematahkan segala macam kesyahwatan.. gembira saya untuk memperingatkan diri sendiri begitu juga dengan anda untuk memanfaati bulan mulia ini untuk menghindar dari berada dibawahan lembayung nafsu...["koin! kena amek kesempatan bulan ramadhan ini untuk melatih diri mengawal syahwat/nafsu..!!" ]


HARAPAN RAMADHAN!





Semoga Allah swt membantu kita untuk mengamalkan dan istiqamah dengan keenam-enam perkara di atas ke arah meningkatkan kualiti puasa kita. Mudah-mudahan rahmat dibulan ramadhan ini mampu merubah kita kearah yang lebih baik!!

Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan bermaksud: “Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.” (Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Semoga post ini dapat dimanfaati bersama dan dapat dijadikan peringatan buat semua.. iA semua yang baik itu datang dari Allah...Wallahualam..

Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman” [azzariyat-57]

sources/further reading: clickhere!

1 comment:

Anonymous said...

mantop!!