Saturday, January 10, 2009

Best 10mins Film in Europe

Assalamualaikum..
Kali ni aku nk share this Best 10minutes Film in Europe! nicely done and very meaningful.. so enjoy it!


Within ten minutes anything can happen! apa yang kita selalu buat dalam 10mins? tido?makan?bersembang?blogging?tunggu bas?shopping?internet?...
For us who live our life comfortablely ; excess foods, sleep on comfy bed, cozy room, good cloths blahblahblah.. 10minutes might mean nothing! "apa sangat la bley buat dlam 10min kan?!"


Tapi bagi saudara2 kita yang diuji Allah di medan perang sebagai contoh Palestine, 10 minutes ni sangatlah bermakna bagi mereka, dalam sepuluh minit nasib mereka di pertaruhkan, apa-apa mampu berlaku dalam masa sesingkat 10minutes..within 10minutes or mybe less than that, semua anggota keluarga mereka mungkin terkorban!, or mybe their village or house is being destroyed or even worst they might end their own life just in the 10minutes...

Impian orang-orang seperti mereka [merujuk saudara kita di Palestin!] hanyalah untuk survive pada hari ini agar dapat terus memperjuangkan tanah air mereka yang juga merupakan tanah haram bagi ummat islam! saya stresskan sekali lagi TANAH HARAM UMMAT ISLAM yang mengandungi Masjid terpenting kita iaitu MASJIDIL AQSA, juga tanah suci dimana Rasulullah diangkat ke langit pada hari isra'mikraaj... sebenarnya Palestine adalah tanggungjawab semua ummat islam bukan sahaja rakyat palestine..!!


Mungkin apa yang saya tulis ni dahpun diketahui semua! dan mungkin ramai yang pelik kenapa tiba2 saya obses dgn issue palestine ni padahal selama ni mcm xamek 'pot' sgt pon...saya tak mampu menjawap soalan tersebut kerana apa yang saya tahu sekarang ni hati saya macam disiat-siat bila tengok gambar2 dan baca updates about palestine sekarang...


Cuma satu je saya nk MERAYU kepada semua..tolongla amek tahu [walaupon baru skrg nk mula amek tahu mcm saya ni]! PLEASE be aware dengan issue palestine ni sebab mereka saudara-saudara kita dan mereka sekarang ni secara sukarela mewakili kita seluruh umat islam untuk memperjuangkan tanah haram milik kita ummat islam...


Apa tanggungjawab kita!??! saya pun taktahu nak jawap soalan ini.. kadang-kadang saya pun rasa saya tak dapat nak contribute banyak dalam hal ni..memang saya geram saya marah saya benci ISRAEL tahap gaban!!!! tapi saya xtahu nak buat apa-apa sangat...
walaubagaimanapun... saya dah declare war dengan israel! SAYA SUDAH PON MULA MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL! ANDA BILA LAGI?? Kejilah kita kalo perkara sesimple ni pun kita xmampu nk buat... mati ke x makan mekdi dan xminum coke?? koyak ke kulit muka,cacat ke anggota kalo xpakai loreal,revlon?? rosak ke badan kalo xpakai baju armani or mark&Spencer???...
Sebenarnya saya impress dgn masyarakat diseluruh europe ni khususnya orang puteh yang bukan beragama islam! Mereka sanggup berarak untuk melaung kan perkataan 'FREE PALESTINE', mereka sanggup memboikot barangan israel walaupun mereka tiada tanggungjawab dari segi agama mcm kita... mereka hanya berlandaskan HUMANITY sanggup buat semua tu!.. kita ni? HUMANITY & ISLAM bukankah itu 2 reasons yang sgt besar untuk kita melancarkan perang [dengan cara sendiri] terhadap israel?? boikot, jom donate apa2 yang kita mampu dan juga berdoalah untuk mereka..itu je la yang sangat mudah yang mampu kita lakukan sekarang ni...Penceramah di PMS scotland [menurut kawan saya!] cakap " dont you ever underestimate the power of DOA"...so banyak2lah berdoa! kita berserah pada ALLAH, dia sebaik2 tempat kita mengadu... dan last sekali, sekerdil2 bantuan yang kita boleh buat mungkin dengan menghulurkan rasa simpati kita dan AMBIL TAHU tentang perkara ini...

Bacalah doa qunut nazilah ni setiap kali solat fardhu kita:

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا اللهاللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,Goncangkan pendirian mereka,Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Dan menangkan kami ke atas mereka.Amien…!

Sebelum berundur, jika anda masih mempunyai masa terluang dan tidak tahu hendak berbuat apa..bacalah article 'Antara illusi dan Realiti' [click to read!] dari ustaz Hasrizal ni..

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]

JANJI ALLAH ITU PASTI, tetapi sedarkah kita janji Allah yang digambarkan dalam ayat al-quran tersebut bersyarat.. Jadi terfikir sejenak adakah jika kita masih tidak memenuhi syarat tersebut, Allah akan mengurniakan kemenangan tersebut?? Wallahualam... terlalu kerdil untuk saya mengulas panjang issue ini.. Kesimpulannya saya amat terpukul dek article ni, dan saya sangat menyarankan kepada semua untuk membacanya supaya kita sama2 dapat membuka mata tentang realiti sebenar ummat islam sekarang dan tidak terus menjadi ilusi semata..

Oke la..kalo nk cakap sebenarnya banyak lagi kat kepala ni yang rase nk dimuntahkan kesini tapi kalo ckp semua mesti xhabes2 post ni.. takpa la kita sambung laen kali oke..akhir kata dari saya..

"TOLONG LA AMEK TAHU HAL INI!!! JANGANLAH PANDANG REMEH!! BUATLAH APA-APA YANG TERMAMPU"

wallhualam! terimakasih kerana sudi membaca dengan setianya!

3 comments:

Anonymous said...

sedihnya video ni.
i'm going to cry!

hirumi said...

Nice one!
Video yang menggambarkan situasi yang mereka (palestinians) hadapi sekarang. Sungguh bersyukur diri ini kerana dikurniakan ALLAH keadaan yang tenang dan selesa utk menjalani kehidupan harian. insyaALLAH, kita sama2 tolong saudara seislam kita.. tiada lengkap diari kita sebagai seorang muslim jika tidak mengasihi dan menolong sedara kita yang laen.IHZIMHUM!!

kokochan said...

lyna: yeah2..just within 10minutes~

hirumi : ye sama2 kita doa untuk Gazans