Wednesday, February 25, 2009

bodohnya yang memboikot??

!!!!WARNING: sila abaikan tajuk entry ini :o) !!!!
Alhamdullilah, berita yang akan disampaikan ini mungkin sedikit sebanyak mampu menjadi 'batu loncatan' untuk kita terus istiqamah dalam mem'boikot' barangan israel.. juga bagi yang selalu berkata 'ala bukan ada effect pon kalo korg boikot, korang yang rugi adala' , bagi kamu2 sekalian, ini la bukti yang menunjukkan kalo kita sama berganding bahu tiada apa yang mustahil..
Tidak arif saya untuk bercakap banyak dalam hal ini kerana sejujurnya saya sendiri kadangkala tergugat dengan hasutan2 yang menjana ke arah membeli barang2 israel ini, mana tidaknya, berpuluh tahun hidup disumbat dengan barang-barang tersebut tiba-tiba berhenti..mungkin mudah bagi orang laen tapi bukan saya,manusia bernama koin ni!.. hehehe~
Walauapapun alasannya, Alhamdullilah saya bersyukur tidak terhingga pada Allah, kerana setakat ni saya masih mampu bertahan dengan hidup tanpa barang-barang ini...ermm ubah sketla ayat ni..oke ni corrected version.. hidup dengan kurang menggunakan barang-barang ini....mungkin dulu saya guna approx. 99% products US n Israel tapi kini hanya 5% or even less than that.. cara saya memboikot tidak la sampai mendurjanakan diri, kerana saya hanya mengamalkan istilah boikot pada benda-benda yang termampu .. [*POZOR: Termampu dalam ayat diatas bermaksud memboikot bila wujud alternatif laen bagi barang tersebut atau jika tidak memudaratkan kita jika tidak menggunakan barang tersebut!!] ...Avoid to buy selagi yang mampu itula cara saya memboikot..! Sengaja gedik2 tak mampu tidak bole diguna pakai disini oke :o)
Tindakan saya tidak memboikot secara total itu mungkin adalah kerana khilaf dan kelemahan yang ada dalam diri saya ni!!
oke, dibawah ni ada artikel yang saya curi dari palestinekini.com ;

Rabu , 25/02/2009 - Akhbar berbahasa Ibrani, Ma’arev hari ini, Selasa (24/2) melaporkan bahawa keadaan ekonomi di negara ‘Israel’ itu memasuki fasa yang sangat buruk. Hari demi hari krisis ini bertambah parah. Banyak syarikat swasta gulung tikar setiap hari.

Menanggapi krisis yang menghantui pasaran kerja di Israel, harian ini mengatakan;”Seramai 730 orang di wilayah utara Israel secara automatik masuk dalam senarai penganggur baru. Padahal majoriti daripada mereka sudah berkeluarga. Jarak antara mereka dengan garis kemiskinan sangat dekat sekali.”

Sebelumnya sempat diberitakan bahawa pihak sumber manusia Israel mengumumkan bahawa sekitar 20 ribu pekerja kehilangan pekerjaan pada bulan Januari lalu. Perkara tersebut dinyatakan dalam laporan badan tersebut yang menunjukkan angka pengangguran di Israel semakin meningkat.

sumber : COMES
penterjemah : osman
sumber article :
PALESTIN KINI

oke, itu je untuk hari ini.. saya berundur dulu..wasalam!

8 comments:

丽 娜 said...

a nice respond to our effort.
glad to hear that our effort is being paid

kokochan said...

yeap!rasa makin bersemangat plakkn!hehe~

Syazwani'Aqilah said...

teruskan memboikot!!!

Anonymous said...

teruskan boikot!
lg 1 klu dah ngidam sgt makan ayam kentucky..celup ayam kat tepung grg ayam adabi ke..hehehe..pastu pe lg..goreng dan ngap!


p/s:nak rase coke..belila coke hpa..fuh..sedap ko!!!

kokochan said...

to syazwani 'aqilah:
yes2!! terus memboikot!huhu~

kokochan said...

to sueabubakar :
yup2 banyak alternatif laen!!hehe~ xmati pon xmakan fastfoods semua tu..hehe makanan malaysia lgi masyukk~weee~!

Anonymous said...

Jangan rasa give up nak memboikot. walaupon kite pon rase cam drooling je tgk mcd tu kan. Tapi rasenye bile makan jadi macam makan daging manusia plak kan.
:(
So kite teruskan boikotan.
hehe.

kokochan said...

yup!!bertabah!n terus memboikot!hehe~thanks for dropby here mell :o)