Salam a ahoj,
Seminggu sudah berlalunya TPMG spring camp,
kalau aku tanya sesiapa yang pergi camp ni..ingatkah lagi kamu apa yang kita diskusikan di Plumlov yang indah itu?? mampukah anda menjawabnya??masihkah segalanya melekat dihipocampus anda??... tepuk dada, sila uji minda&hati masing2..
TPMG, satu program yang boleh aku katakan sungguh bermakna dan berfaedah jika kita manfaatkan sepenuhnya..Secara jujurnya aku kagum dan puas hati dengan perjalanan program ni...dari segi pengisian, makanan, penginapan...semua boleh dikatakan terbaik!!
Tidak aku disini untuk mengulas panjang mahupun membentangkan semula isi2 yang diketengahkan sepanjang TPMG tersebut, tetapi hanya sebagai tanda penghargaan kepada orang2 disebalik tabir pembikinan program ini yang banyak berkorban masa dan sebagainya demi memastikan ianya berjalan lancar...terima kasih!
Secara jujur,banyak benda baru yang aku baru ketahui dan pelajari, khususnya mengenai perlaksanaan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah dibumi Allah ini, dan secara umumnya mengenai islam is the way of life [Ad-deen] yang sungguh praktikal....
Jutaan penghargaan kepada Dr Mohd Asri aka Dr MAZA di atas ulasan yang santai dan mantap beliau mengenai issue2 core dalam islam iaitu meragkumi yang utama iaitu akidah, dan yang laen2 seperti ibadah, akhlak dan dakwah...To be frank, wat i like the most about Dr MAZA ni adalah mengenai approach-nya yang santai menyebabkan aku personally selesa untuk mendengar ceramahnya.. tambahan, beliau tidak bercakap tanpa bukti, segala yang dihujahkan sentiasa dikaitkan dengan nas2 Al-Quran, Sunnah, kehidupan masyarakat islam dulu dan sekarang etc... perbandingan antara kehidupan masyarakat islam kini khususnya diMalaysia dengan Ummat islam semasa zaman nabi dan sahabat2 juga sering diketengahkan bagi memudahkan kami2 melihat sendiri apa yang berbeza dan apa yang tak kena...
Tidak kurang, pengalaman menjadi mufti perlis banyak dikongsi bersama kami dan ia banyak membantu kita untuk melihat sendiri kelemahan institusi islam kita sekarang dan apa yang perlu diperbaiki...
sememangnya ramai yang tidak sedar, termasuk aku, secara tidak langsung banyak unsur2 penting dalam islam seperti Akidah contohnya tidak dititikberatkan oleh umat islam sekarang, kita lebih cenderung kepada issue2 yang laen yang adakalanya tidak wajar langsung untuk diketengahkan....Wallahualam!...
wokey la, cakap banyak pon xguna jugakkan.. aku pon takde apa nk komen mahupun nak kritik hehehe...
jadi kesimpulannya mari kita usaha mana2 yang patot untuk kita menjadi seorang hamba Allah yang bertambah baik masa demi masa...insyaAllah!
PS:/ diatas tu adalah sedikit gambar kami2 sepanjang tpmg berlangsung, venue, speaker etc...extra photo kami2 yang poyo ada kat bawah ni, selamat menonton!...
4 comments:
I like gambaq kat tangga 2.tp kn,gmbq last kn mcm xseswai nk letak sebelah nm tpmg hikhikhik
hahaha..bila tgok2 betol jugak~
macam ganas sangt gmbr last tu nk letak kt situ..under TPMG!haha..
tapi xpa la, malas nk tarik kuar dah!haahaha..
cantik gamba bunge2 tu
"bunge-bunge" pon cantik gak! :P
hahaha..trimas~!
Post a Comment