Wednesday, April 8, 2009

Saya Bangga dengan kamu2!

Seperti yang dikatakan dalam post sebelum ni, aku akan update blog aku ni pasal Malaysian Night 2009 yang berlangsung sabtu lepas 4/4/2009 di Hradec Kralove, Czech Republic ni..
Pertama sekali, aku nk mintak maaf sebb cerita ni mungkin dah agak lama dan agak basi bagi sesetengah orang..tapi nk buat mcmanakan aku ni insan yang sentiasa sibuk..hahaha~
tunggu free baru leh nk belek2 blog ni...ampun!! Wokeyh, tanpa berlengah lagi...jom mula...

Terima Kasih Kepada semua lecturers/profs/Doc yang sudi hadir...esp our Vice Dean Miroslav Kuba *sila tulis sendiri pangkat, educ etcc anda!hahaha~* [dalam gambar diatas yang berambut puteh!hehe~]

Juga kepada classmates and all friends yang sudi datang memenuhkan dewan yang mampu memuatkan 300 lebih2 itu..hehe~

Berbekalkan 75 pelajar Malaysia disini, berkat kerjasama,usaha semua...Alhamdullilah kami berjaya melangsungkan Malam malaysia ini dengan gilang gemilangnya... terima kasih juga kepada pihak embassy, dan juga tidak dilupakan kepada rakan2 diprague & olomouc yang sudi meringankan tangan membantu....
Pertamanya mengenai Makanan...antara makanan yang disajikan adalah seperti yang disenaraikan :
STARTER:
Roti jala + chicken curry
Nasi impit & kuah kacang
Sate ayam
MAIN MENU:
Nasi Biryani
Ayam masak merah
Dahl...
DESERT:
Kek Batik
Kek Pandan
Milo Jelly
Fruits
Menarikkan?? hehe... bertambah menarik lagi kami2 pelajar Malaysia disini lah yang menyediakan semua makanan yang tersenarai diatas ni...tak pasal2 kena berkerja macam katering plakkan..hehe~ Penat??memang tidak terkata, especially kepada budak2 sate yang tak tido bakar sate sebanyak 2000cucuk tu...korang memng terbaik r...juga tidak dilupa kepada semua yang memasak...anda semua memng hebat!..hehe~

Wokeyh, bercakap mengenai makanan.. masa malam tersebut berlangsung, aku ni tolong la jaga makanan2 terhidang tu..yela kan, makanan2 yang tersedia tu semua macam xfamiliar dek mata omputeh ni, so banyak la tanyanya..sampai aku pon naek pening nak layan!

Antaranya soklan2 yang diajukan kepada kami2 yang menjaga makanan,

"OMG, this is soo good, how to make this? it's really good!" kata sorg pempuan mat salleh ni sambil tergedik2 merujuk kepada kek batik..
adoyai penat la kawan aku nk explain mcmana nk buat menatang kuih tu...aku dengarla kawan aku bebel ngn dia "smash the biscuits and mix this..mix with that..etc"hahaha...aku gelak je la dengar...

Situasi laen yang menjadi pening..macam kek pandan tu,
macam biasa diorg tnya makanan ni apa n buat dari apa...bagi yang faham dan tahu 'Pandan leaves' tu oke lagi..yang xtau tu, mesti dia tanya balik "pandan leaves? what's that?"...adoiyai haru jugak nk terangkan... mungkin pasni kena carik nama scientific daun pandan kot baru senng..haha~

Satu lagi... pasal dahl/dalca, curry yang letak kacang dal tu..oke, warga2 INDUK [read : India UK] iaitu warga2 india yang menetap dan beranak pinak di UK merangkap classmate kami yang agak ramai disini.. oke bagi golongan2 ni, agak mudah la nk cakap pasal dahl ni.. diorg tanya "what is this?" kita pon jawab la "dahl"..oke amma! faham dah..
Tapi bagi mahluk2 yang berasal dari germany ke, russia ke...mane2 la yang xpenah dengar perkataan dahl, tak tahu maksud "dahl" ni pon masalah jugak...penat la jugak nk explain...hehe~
kesimpulannya, omputeh ni memng banyak tanya! kan senang kalo korg makan je..ahaha oke la tamat la kisah makanan..
Kita pergi kepada persembahan di Malam Malaysia 2009 Hradec Kralove,

Dengan Hui Shen dan Hakimi sebagai MC, bermula dengan persembahan dikir barat dari Ayee and the geng.. persembahan Dikir puteri yang di ketuai Dehe [student prague!] berlangsung dengan hebatnya..rasanya orang puteh macam terkejut2 kot, ye la dikir kan mcm bergema2..hahaha~
Seterusnya persembahan lakonan yang mostly diterajui oleh pelajar Malaysia tahun pertama mengenai Parameswara & sejarah2 lama*xsure sgt!hhaha~*.. dalam lakonan ni, segala unsur2 kesenian melayu seperti penubuhan melaka ,siam, pasai, pemilihan islam sebagai agama rasmi, 5pendekar melayu [hang Tuah & rakan2] , Silat, indian dance, Chinese tea ceremony, Perkahwinan Melayu etcc diselitkan bersama, menambah rencah kepada lakonan mantap adik2 kami ini..

Selain itu persembahan Band dari student malaysia juga, dan satu lagu di nyanyikan oleh classmate ku JB Leiknes! Lagu ape ntah xingt tajuk...hahaha~ tpi memng best!

okey, selesai bab persembahan dan Makan!!ada satu part lagi yang tak aku cerita..
Games! hehe..menarik betol.. games sapa bley makan makanan yang superb pedas dengan cepat..tapi terbuka kepada orang puteh je la kan.. hehehe.. seronok sebb semua guests sgt sporting dan berpusu2 naek stage nak participate..hehe~ tapi aku tak perasan plak sape yg menang..hahaha~*sori!* selain games tu ada lagi, ada satu lagi, bukan games la ni.. cuma kitorg ajak some professor2, lecturers untuk mempergayakan busana melayu... korang tengok la gambar2 ni..hehe~

oke la aku pon dah malas nk taip lagi... apepon, pahit manis disebalik tirai Malaysian Night ni sama2 la kita terima seadanya oke, majlis dah pon berakhir, terima kasih kepada semua malaysian students kt hradec Kralove!! korang memng best! x rugi aku study kt sini..hehehe~!

oke la aku nk g sambung tgok movie since aku dah free from all the tests bfore easter break ni..hehe~ AHOJ! gambar2 lebih jelas sila click lina's blog here : CLICK!

PS:/ video persembahan hanya available kt facebook skrg.. jadi sapa2 yang beminat tu sila la selongkar2 yerk!! Nanti2 ke aku rajin2 aku upload kt sini..

4 comments:

s.c.h.u.l.t said...

koinnn

vice dean tu sgt ensem!!

kem salam kat dia..

ckp ai nk ngorat n kasi sambal tempoyak nanti~~ hahahaha :p

SRISUFI said...

Sungguh tumpang bangga ni.

semoga berjaya di sana



=)

kokochan said...

to shud:
hahaha..xnampak ke wife dia kt sebelah tu..hahaha
ntah apa jadi agaknya kalo kita bagi diorg makan sambal tempoyak..hahahaha

kokochan said...

to srisufi:
thanks.. u too! smoga berjaya!