Thursday, September 4, 2008

Follow your heart!~


PEJAM MATA SEKUAT-KUATNYA, DENGARKAN KATA HATIMU!!

Dari 12sept ke 18sept..mate hodne cas!

vsechno nejlepsi KOIN!

Wednesday, September 3, 2008

Harapan Ramadhan..

Assalamualaikum...
Selamat pagi..3rd Ramadhan menjelma sudah, sedar atau tidak kita dah pun memenuhkan 2hari pertama di bulan Ramadhan kali ini dan hari ini adalah yang ketiga...Alhamdullilah! Tetapi, apakah yang kita sudah lakukan sepanjang 2hari berpuasa ni? [3hari termasuk hari ini!].
Memenuhi syarat-syarat lahiriah berpuasa??
Menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yang membatalkan puasa...ditambah perisanya dengan melaksanakan sunat dan adab puasa seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran.


Cukupkah??! Berminat saya untuk berkongsi hasil pembacaan saya yang menyatakan bahawa untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita sememangnya perlu melaksanakan perkara yang tersebut diatas, tetapi itu saja tidak mencukupi [saya berkongsi kerana kebanyakan ramadhan diisi hanya dengan amalan2 di atas]... Hati bertanya, Jadi apa lagi ek??

Menurut Sheikh Said Hawwa di dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, Ada 6 perkara tambahan untuk kita beri perhatian jika kita benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasa kita:

a. Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau
memperdalamkan penglihatan
, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama. Demikian pula melihat apa saja yang menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah.

b. Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang
melampaui batas, atau berkata kotor, atau berkata yang sia-sia, atau berdusta atau mengumpat, atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau memamerkan diri sendiri.
Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.

dont follow the wrong way!!


c. Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.

d. Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa.

e. Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi.

f. Hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabin yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai-Nya...Nauzubillah!

Tamar/kurma sinonim dengan Ramadhan

Okey, kalo kalian masih lagi membaca mesti perasankan keenam2 perkara ini melibatkan tindakan deria dan anggota badan kita..Mungkin sukar untuk melaksanakan semuanya memandangkan keadaan sekeliling yang mulai ter'cemar' sekarang ini...Jadi apa yang difikirkan saya adalah kita perlulah berusaha me'minimise'kan penggunaan deria/anggota kita kepada perkara yang dilarangNya...insyaAllah..

Owhh sebelum terlupa dalam article tu ada terselit juga perkataan yang berbunyi Puasa untuk mematahkan segala macam kesyahwatan.. gembira saya untuk memperingatkan diri sendiri begitu juga dengan anda untuk memanfaati bulan mulia ini untuk menghindar dari berada dibawahan lembayung nafsu...["koin! kena amek kesempatan bulan ramadhan ini untuk melatih diri mengawal syahwat/nafsu..!!" ]


HARAPAN RAMADHAN!





Semoga Allah swt membantu kita untuk mengamalkan dan istiqamah dengan keenam-enam perkara di atas ke arah meningkatkan kualiti puasa kita. Mudah-mudahan rahmat dibulan ramadhan ini mampu merubah kita kearah yang lebih baik!!

Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan bermaksud: “Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.” (Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Semoga post ini dapat dimanfaati bersama dan dapat dijadikan peringatan buat semua.. iA semua yang baik itu datang dari Allah...Wallahualam..

Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman” [azzariyat-57]

sources/further reading: clickhere!

Tuesday, September 2, 2008

Jiwa Tenang!

Melancholic mode,
"i try to see the good in life
but good thing in life are hard to find"
It's not over by Daughtry

If you remember, i do put the lyrics in my deleted blog..xtau la everytime i listen/sing the song these lines will always be the part yang paling bes [for me laa~~]..hoho..

hurmm...It's hard to find good things in life..
but it's not impossible rite??!! [cmon answer me!!]...
Yeahhhh...i believe that every worthy venture in life will always filled with obstacles but always tell your heart that difficulty is not a sign you're doing something wrong okey..it's a sign you're alive (deria rasa masih berfungsi lagi..alhamdulillah!)..Jus work hard and pray alot..semua akan baik-baik saja (mcm dalam lagu Hadapi dengan Senyuman by Dewa..) ...
[pitord,koin,angah,along]

I steal these words from Sue's (nantila ckp!hehe *peace!*) :

"APABILA KITA BERGANTUNG PADA MANUSIA, KITA AKAN TAKUT KEHILANGAN PERGANTUNGAN KITA,
CUKUPLAH ALLAH YANG MENJADI SANDARAN KITA, KERANA DIA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN SESIAPAPUN YANG BERGANTUNG KEPADANYA "

Berusaha dan Letakkan 100% pengantungan diri kita padaNya..Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu apa yang terbaik buat kita..just dont forget to make Doa!..Insya'Allah hati akan tenang dan kemanisan menanti dipenghujungnya..Ameen..


Monday, September 1, 2008

Zaman Muda-Mudi!

My Class when i was in MRSM Mersing Acturusianz 03-04..
Posterior: Yana,Koin,Zack,Ebul,Afiq,Jawa,Faiz,Low,Ain,Has,Yatee
Median: Feeza,Fathin,Nad,Gege,Raimi,Eca,Yas,Faiza,Aina,Nina,Maria,Nisak
Anterior: Shaz,Abir,Achik,UstzSaiful,Usop,Arief,Badex

Fuhh! finally abes gak list all the names,selamat ingat lagi semuanya..hehe..haish tiba-tiba rindu pulak zaman muda-mudi..zaman2 stress-less..hari-hari pergi sekolah mcm biasa, makan n lepak2 ngn Mama DS, balik asrama, prep, morning call, kena rotan ngn Papa kat morning-call sebb xke surau waktu subuh, kena half-stand pkul 2pagi, kena maki ngn Ustzh Ishqi sebb bising kt block, seisi bercintan-cintun, makan megi berjemaah, pesta durian, penderitaan sebulan xda air (trimas abang SAJ..hehe..), Nasi Goreng/Roti John kt koop tyme supper, bergolek2 kt corridor tyme stay-up, celebrate besday member blablabla...seronokkan...hehe~
Bile tengok smula gambar dulu-dulu kala rasa nak tergelak sendiri pon ada..hoho..
okiedokie gtg!! "kenangan manis kau dan aku lalala..."

Three things..

I’ve been tagged by BekIntan, so bosan2 jom layan survey neh!

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
1. koin
2. koko
3. Bek <- called by bebekz

THREE THINGS YOU’VE DONE IN THE LAST 33 MINUTES:
1. Memorizing courses of arteries on the upper limb
2. chatting
3. Updating my blog

THREE WAYS TO BE HAPPY:
1. Abolish all exams
2.hang out with friends
3. Balik mesia
THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW:
1. I’ll be by Edwin Mccain
2. Pop Princes by the Click Five
3. Matahariku by Agnes Monica
THREE THINGS YOU LOVE IN A GUY:
1.elegant (mcm keta Nissan baru tu..haha~)
2. understanding
3. Not so geli2...hahaha
THREE PERSONS YOU MISS:
1. family
2. family
3. family
THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. iPhone Apple
2. Any Malay’s cookies/kuih untuk buka puasa
3. A genius brain – no need to study!
THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR NEXT VACATION:
1. Johor,Malaysia
2. Zurich,Switz
3. London,UK
THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. Eat then Sleep
2. Shopping (tapi xle praktik selalu tgah kumpul dwet utk project mega nex 10years..haha~ )
3. Surf the net/blogging
THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTERS:
1. Geng Bas Sekolah
2. Hikayat Putera Shazlan LOL!
3. Shin chan
THREE OF YOUR FAVORITE FAST FOOD:
1.McD
2. PizzaHut
3. Kenny Rogers
THREE FAVORITE DRINKS:
1. podebradka
2. Mattoni
3. Neperliva voda
THREE THINGS FOUND IN YOUR HANDBAG:
1. Purse ijau
2. Henpon merah
3. Receipts

THREE FAVORITE COLORS:
1. Hot Red
2. Cyan
3. Choc/ Army green (suke sume..haha~)

TOP THREE U LOVE SO MUCH:
1.Allah/Prophets
2.Family
3.Friends

Tag: anyone yang nk bwat silakan

Fadhilat Solat Terawikh..

ASSALAMUALAIKUM
Bersempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini, saya berasa terpanggil untuk meng'upload' input-input yang lebih bermanfaat untuk dikongsi bersama..
Pertamanya, saya berniat untuk mencari Fadhilat Solat Terawikh pada setiap malam dibulan Ramadhan untuk dimuatkan disini kerana lazimnya taatkala Ramadhan menjelma, kita akan disajikan oleh pihak Media Massa di Malaysia tentang hadith-hadith yang menyatakan kelebihan atau fadhilat bersolat terawikh dari malam pertama hingga ke malam 29/30..Kelebihan-kelebihan yang dinyatakan didada-dada akhbar mahupun di skin television tersebut mungkin bertujuan untuk mengalakkan umat Islam lebih rajin beramal dan beribadat pada bulan Ramadhan yang mulia ini...Alhamdullilah..
NAMUN!!!

Pernahkah kita terfikir akan kesahihan hadith-hadith ini? Terpana saya seketika apabila membaca sebuah article [klik!] yang menyatakan keraguan sang penulis mengenai kesahihan hadith-hadith berkaitan Fadhilat Solat Terawikh pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan..

Sebahagian hadith panjang yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. seperti berikut:
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
Malam Pertama, keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keenam, Allah kurniakan pahala kepadanya, pahala malaikat-malaikat tawaf di Baitul Ma'mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta batu batan dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang ta rawih pada malam ini.
Malam Kesembilan, Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w. dan kelebihan-kelebihan lain lagi yang saya rasa tidak perlu dinyatakan satu persatu.

Dari manakah datangnya hadith-hadith sedemikian?

Ya Allah, Selama ini apa yang disuapkan ke minda kita diterima bulat-bulat, tidak pernah terdetik dihati untuk mencari sumber-sumbernya.. Tidak disini saya untuk menghukum atau menentukan sesahihan hadith-hadith tersebut kerana terlalu cetek ilmu didada berkenaan dengan hadith..Namun, insyaAllah article yng telah di'link'kan di atas bermanfaat buat semua..rajin-rajinkahlah diri untuk membaca seketika kerana pemalsuan hadith adalah sesuatu yang sangat merbahaya kepada ISLAM dan Rasullulah sendiri bersabda:

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atas aku dengan sengaja (iaitu mengatakan sesuatu yang tidak akau katakan) maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka.

Kawan-kawan, untuk kita menghidupkan malam Ramadhan itu, tidak semestinya dengan mengada-ada atau mereka-reka hadith palsu barulah seseorang itu bersungguh. Ini kerana bagi insan yang malas dan tiada kesedaran, walau sebesar mana janji pahala yang ditawarkan mereka tetap tidak akan tertarik untuk melakukan ibadah. Dan begitulah juga sebaliknya,walau sebesar dan seperit mana balasan seksa bagi orang yang meninggalkan ibadat wajib atau melakukan perkara haram,ia tetap tidak diendahkan juga oleh golongan ini. Nauzubillah...

Dan seperkara yang perlu disedari oleh semua, sesungguhnya ibadah sunat seperti sembahyang tarawih yang kita lakukan ini tidak akan dapat mengatasi atau melebihi dari sudut ganjaran pahalanya daripada menunaikan ibadah wajib yang difardhukan oleh Allah s.w.t. kepada kita. Oleh itu janganlah kita terpengaruh sangat dengan kenyataan-kenyataan kelebihan itu. Pastikan yang Fardhu/wajib didahului dalam setiap perkara..
Bulan Ramadhan itu sememangnya mempunyai kelebihan yang hanya Allah s.w.t. sahaja berhak membalas kelebihannya sebagaimana maksud hadith rasulullah s.a.w.:
Allah berfirman : Puasa itu untukKu dan Akulah yang membalasnya.
Wallahualam..InsyaAllah segala yang baik itu datang dari Allah...
Semoga ia bermanfaat buat semua!
Selamat berpuasa dan beribadat bagi semua yang beragama islam..
Ingat buka puasa berpada-pada jangan sampai membazir..
ps/: juga ingat-ingat lah kami dirantauan ni...
Sumber: Bulletin Online Surau As-Syumul [Klik here!]

Like Hannah Montana??