hradecians + Olomocians
Sakan menyaksikan persiapan mereka menyambut chrismas, apa pula persediaan kita disini untuk menyambut Hari Raya Adiladha..? tahukah kita bila hari raya aidiladha tahun ini? beginilah hidup kita dirantauan, apabila tiada sapa yang mengingatkan kita pada tarikh-tarikh penting bagi umat islam seperti hari raya aidiladha, maal hijrah,isra' mikraj, maulidurrasul dsb, begitu mudah untuk kita terlupa...kesibukan dalam kehidupan sehari-harian sepatutnya tidak kita jadikan alasan untuk terlupa atau tidak peka dengan perkara-perkara seperti ini [seisi menemplak diri sendiri yang sering alpa!]..bila la nak ada kesedaran ni..haih~ jadi berbalik pada soalan asal saya..apa persediaan kita untuk menyambut hari raya aidiladha tahun ni? apa yang bakal kita korbankan? tepuk dada tanya diri sendiri..guna akal untuk berfikir, guna hati untuk menilai, semoga setiap titik pengorbanan yang kita lakukan bakal diredhai Allah dan tidak sia-sia..ameen..
oke dah tak tahu nk tulis ape...eh jap, lupa nk cerita, harini warga muslim di hradec kralove berpakat ramai2 berpuasa dan mengadakan majlis iftar sambil meraikan aqiqah yang dilaksanakan oleh seorang warga muslim disini.. Alhamdullilah petang tadi di Medium kami berbuka puasa ramai-ramai, rindu suasana di bulan ramadhan dulu..satu yang berbeza hari ini, ramai muka-muka baru warga arab2 yang hadir, mungkin pelajar baru,mungkin juga ada yang datang atas urusan-urusan lain, walauapapon seronok jugak bila komuniti islam disini bertambah ramai...meriah sikit kalo ada apa-apa sambutan..hehe
2 comments:
Yang gambar depan pokok krismas dkt fakulti tu,hadiah tu mmg ada dekat sana kan? :p i mean mmg dah sedia ada depan pkok tu kan?hauhua
ye la cik abang oii..xkn kitorg bawak pulak...hahah~
Post a Comment