Saturday, December 6, 2008

Aidiladha vs Chrismas

ASSALAMUALAIKUM a DOBRY DEN
Kelihatan semakin rancak persiapan warga czech republic membuat persediaan untuk menyambut chrismas 25december ini, pokok-pokok dihias dengan lampu 'kelip-kelip', begitu juga dengan bangunan-bangunan disini penuh dengan lampu-lampu yang menarik...tesco dah pusat membeli-belah lain juga tidak ketinggalan mengambil bahagian untuk menghias dan mengadakan promosi besar-besaran sempena chrismas yang bakal menjelang...rakyat czech masing-masing mulai sibuk membeli perhiasan untuk pokok krismas dan rumah masing2... saling xtumpah sama dengan warga malaysia tatkala raya aidilfitri menjelma...

hradecians + Olomocians

Sakan menyaksikan persiapan mereka menyambut chrismas, apa pula persediaan kita disini untuk menyambut Hari Raya Adiladha..? tahukah kita bila hari raya aidiladha tahun ini? beginilah hidup kita dirantauan, apabila tiada sapa yang mengingatkan kita pada tarikh-tarikh penting bagi umat islam seperti hari raya aidiladha, maal hijrah,isra' mikraj, maulidurrasul dsb, begitu mudah untuk kita terlupa...kesibukan dalam kehidupan sehari-harian sepatutnya tidak kita jadikan alasan untuk terlupa atau tidak peka dengan perkara-perkara seperti ini [seisi menemplak diri sendiri yang sering alpa!]..bila la nak ada kesedaran ni..haih~ jadi berbalik pada soalan asal saya..apa persediaan kita untuk menyambut hari raya aidiladha tahun ni? apa yang bakal kita korbankan? tepuk dada tanya diri sendiri..guna akal untuk berfikir, guna hati untuk menilai, semoga setiap titik pengorbanan yang kita lakukan bakal diredhai Allah dan tidak sia-sia..ameen..

oke dah tak tahu nk tulis ape...eh jap, lupa nk cerita, harini warga muslim di hradec kralove berpakat ramai2 berpuasa dan mengadakan majlis iftar sambil meraikan aqiqah yang dilaksanakan oleh seorang warga muslim disini.. Alhamdullilah petang tadi di Medium kami berbuka puasa ramai-ramai, rindu suasana di bulan ramadhan dulu..satu yang berbeza hari ini, ramai muka-muka baru warga arab2 yang hadir, mungkin pelajar baru,mungkin juga ada yang datang atas urusan-urusan lain, walauapapon seronok jugak bila komuniti islam disini bertambah ramai...meriah sikit kalo ada apa-apa sambutan..hehe

Selepas pulang dari Majlis tersebut kami [cejpovians!] pergi singgah ke tesco Futurum, makan lagi then beli bunga api..pastu ape lagi balik tu sakan la kitorg maen...lepas gian nk maen bunga api..terukkan..haha~
oke..xboleh lame2 disini..banyak keja~
Isnin ni adalah Hari Raya Aidiladha disini dan bersempena dengan itu kami ada test neurophysiology & myology, up lagi kerja, ada presentation masa seminar petang tu...*sigh!*
walauapapun,
"saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua warga muslim diseluruh dunia...juga khususnya buat ibu ayah dan keluarga di Malaysia! rinduuuu~"
WASALAM!

2 comments:

hirumi said...

Yang gambar depan pokok krismas dkt fakulti tu,hadiah tu mmg ada dekat sana kan? :p i mean mmg dah sedia ada depan pkok tu kan?hauhua

kokochan said...

ye la cik abang oii..xkn kitorg bawak pulak...hahah~