Sunday, August 31, 2008

kenapa?mengapa?bagaimana?

'HER'STORY
Tangan yang 'gatal' beserta hati yang kerungsingan menutup system pemikiran dari berfikir secara waras lalu jari-jemari dengan lajunya mengelunsurkan cursor ke button 'delete blog' maka terpadamlah segala hasil berserta masa yang dikorbankan beberapa purnama lalu begitu sahaja...
Taatkala kebosanan memuncak, komputer riba keluaran Acer didepan mata digodeh-godeh dan keypad tersusun rapi ditunjal bertubi-tubi agar masa seminit-dua dapat dibazirkan, walaubagaimanapun hati dan fikiran masih kebuntuan lalu keypad ditekan lagi dengan laju, perkataan www.blogspot.com keluar dan muktamad! detik hati memahukan pengembaraan baru didunia blogging yang semakin digemari remaja sekarang bermula kembali..

No comments: