Monday, September 1, 2008

Fadhilat Solat Terawikh..

ASSALAMUALAIKUM
Bersempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini, saya berasa terpanggil untuk meng'upload' input-input yang lebih bermanfaat untuk dikongsi bersama..
Pertamanya, saya berniat untuk mencari Fadhilat Solat Terawikh pada setiap malam dibulan Ramadhan untuk dimuatkan disini kerana lazimnya taatkala Ramadhan menjelma, kita akan disajikan oleh pihak Media Massa di Malaysia tentang hadith-hadith yang menyatakan kelebihan atau fadhilat bersolat terawikh dari malam pertama hingga ke malam 29/30..Kelebihan-kelebihan yang dinyatakan didada-dada akhbar mahupun di skin television tersebut mungkin bertujuan untuk mengalakkan umat Islam lebih rajin beramal dan beribadat pada bulan Ramadhan yang mulia ini...Alhamdullilah..
NAMUN!!!

Pernahkah kita terfikir akan kesahihan hadith-hadith ini? Terpana saya seketika apabila membaca sebuah article [klik!] yang menyatakan keraguan sang penulis mengenai kesahihan hadith-hadith berkaitan Fadhilat Solat Terawikh pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan..

Sebahagian hadith panjang yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. seperti berikut:
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
Malam Pertama, keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keenam, Allah kurniakan pahala kepadanya, pahala malaikat-malaikat tawaf di Baitul Ma'mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta batu batan dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang ta rawih pada malam ini.
Malam Kesembilan, Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w. dan kelebihan-kelebihan lain lagi yang saya rasa tidak perlu dinyatakan satu persatu.

Dari manakah datangnya hadith-hadith sedemikian?

Ya Allah, Selama ini apa yang disuapkan ke minda kita diterima bulat-bulat, tidak pernah terdetik dihati untuk mencari sumber-sumbernya.. Tidak disini saya untuk menghukum atau menentukan sesahihan hadith-hadith tersebut kerana terlalu cetek ilmu didada berkenaan dengan hadith..Namun, insyaAllah article yng telah di'link'kan di atas bermanfaat buat semua..rajin-rajinkahlah diri untuk membaca seketika kerana pemalsuan hadith adalah sesuatu yang sangat merbahaya kepada ISLAM dan Rasullulah sendiri bersabda:

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atas aku dengan sengaja (iaitu mengatakan sesuatu yang tidak akau katakan) maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka.

Kawan-kawan, untuk kita menghidupkan malam Ramadhan itu, tidak semestinya dengan mengada-ada atau mereka-reka hadith palsu barulah seseorang itu bersungguh. Ini kerana bagi insan yang malas dan tiada kesedaran, walau sebesar mana janji pahala yang ditawarkan mereka tetap tidak akan tertarik untuk melakukan ibadah. Dan begitulah juga sebaliknya,walau sebesar dan seperit mana balasan seksa bagi orang yang meninggalkan ibadat wajib atau melakukan perkara haram,ia tetap tidak diendahkan juga oleh golongan ini. Nauzubillah...

Dan seperkara yang perlu disedari oleh semua, sesungguhnya ibadah sunat seperti sembahyang tarawih yang kita lakukan ini tidak akan dapat mengatasi atau melebihi dari sudut ganjaran pahalanya daripada menunaikan ibadah wajib yang difardhukan oleh Allah s.w.t. kepada kita. Oleh itu janganlah kita terpengaruh sangat dengan kenyataan-kenyataan kelebihan itu. Pastikan yang Fardhu/wajib didahului dalam setiap perkara..
Bulan Ramadhan itu sememangnya mempunyai kelebihan yang hanya Allah s.w.t. sahaja berhak membalas kelebihannya sebagaimana maksud hadith rasulullah s.a.w.:
Allah berfirman : Puasa itu untukKu dan Akulah yang membalasnya.
Wallahualam..InsyaAllah segala yang baik itu datang dari Allah...
Semoga ia bermanfaat buat semua!
Selamat berpuasa dan beribadat bagi semua yang beragama islam..
Ingat buka puasa berpada-pada jangan sampai membazir..
ps/: juga ingat-ingat lah kami dirantauan ni...
Sumber: Bulletin Online Surau As-Syumul [Klik here!]

3 comments:

Fatein Wan Omar said...

koin, new blog yee.
hee.
happy ramadhan
be strong!

s.c.h.u.l.t said...

ameen~

nice post koin.

moga kita semua mndapat manfaat darinya.. yg penting ikhlas~~

kokochan said...

happy ramadhan semua!~
thanks wfn,shud!~