Wednesday, December 31, 2008

Suara Peduli Palestin..

Assalamualaikum
Saya terasa terpanggil untuk menyampaikan maklumat ini kepada semua, khususnya yang beragama islam..sesiapa yang berkelapangan sila la menyertai perarakan membantah atau memprotes tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin yang bermula di Hradcanska berarak terus ke kedutaan besar Israel di Czech Republic pada hari jumaat ini..
SUARA PEDULI PALESTIN
Friday
2Jan2008
3pm
Hradcanska
Selain itu, ada saya menerima fowarded messages menyeru semua umat islam seluruh dunia untuk bersama-sama berpuasa pada 1january dan berdoa untuk penduduk Gaza!
Juga Boikot barangan Israel dan sekutunya..!
Sahabat2, tanggungjawab kita sebagai orang islam menunjukkan tanda protes dan ketidakpuashatian terhadap kekejaman Israel dan sekutunya terhadap umat islam di Palestin..Banyak cara ada yang mampu kita lakukan sebagai tanda protes kita!, Jadi ayuh, lakukanlah apa-apa yang termampu..
further reading : link!

5 comments:

hirumi said...

STop The Holocaust in Gaza!

Tihara said...

semasa perang di Iraqi dulu..ade seorang hamba Allah mengusulkan emel kepada rakyat Malaysia supaya banyak2 baca surah Al-Fil ..saya dan kawn2 beramai2 membaca dan dijadikan zikir..tak lama selepas itu..terdengar khabar gembira bilama tentera U.S terperangkap dalam ribut pasir dan berapa ramai tentera U.S yg dah mati tetapi dirahsiakan oleh pihak mereka.

maksud ayat:

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
[2]
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
[3]
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
[4]
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
[5]
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


Kita tak dapat tolong mereka yang saudara islam kita secara zahir tetapi Insya-Allah kita dapat tolong dari jauh dengan hanya sepotong doa..

Lyna Wan said...

kalau dulu,bosan tgk palestin pny isu tp skrg ni alhamdulillah dpt rskn ksedaran.
jom kita boikot!

kokochan said...

Pot & Tihara : yeah2! free palestin!!!

Lyna: yeap totally agree, dulu memng kdg2 sampai meluat tgok isu ni xabes2 tapi skrg ni laen plak..rase berkobar2, geram, marah!!huhu..

::SRISUFI:: said...

saya bersama anda kokochan...terasa bagai agama kita diinjak2 jer kan..