Monday, October 19, 2009

hati ke hati...atau jantung ke jantung?

Salam a Ahoj, Baru je tadi housemate aku cakap pasal Srdce k Srdci 2009 yang bakal berlangsung xlama lagi..Bagi pelajar2 medic czech republic bolehlah mula menyemak email yahoogroup CzeMsa anda, dan kalo anda bukan pelajar2 czech dan sekarang sedang terapung diawan biru, meneropong mengunakan binocular & mula membuka map [read:lost!], apa sebenarnya Srdce k Srdci ni.. meh aku habaq mai sket, Srdce K srdci ni adalah perhimpunan pelajar2 medic disini untuk berkongsi ilmu & pengalaman bersama2 juniors..bukan nak tunjuk lagak konon dah jadi seniors dsb, ia hanya lah satu wadah untuk meringankan beban kita sesama pelajar disini dan ianya dilaksanakan pada setiap tahun akademi...Sebenarnya xda niat sangat harini nak menulis mengenai issue Srdce k Srdci ni, cuma terpana dengan hadith yang dilampirkan bersama email yang difoward tadi...yang berbunyi :
"barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya dari satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari Qiamat..
barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang yang susah.. nescaya Allah akan mempermudahkannya dunia dan akhirat..."
[Hadith riwayat Muslim]


Sedapkan hadith ni, betapa besar ganjaran Allah kalo kita dapat membantu satu sama lain dalam membuat kebaikan... so aku nk amek peluang ni nak ulas sket hadith ni berdasarkan otak aku yang simple & tak berapa nak dalam sgt ilmu hadith ni, amaran! --> yang baik tu korg panjangkan ke kawan2 yang laen & yang 'ke laut' tu korang pandai2 la pikir sendiri :P ... wokeyh, aku sangat suka ngn hadith ni sebab bagi aku kalo kita tengok hadith ni ngn mata hati [cewaaah~]kita akan rasa betapa besar maksudnya & ia sangat berguna untuk diaplikasi dalam banyak hal contohnya pelajaran, kehidupan sehari2an esp dibumi asing ni dsb.. Contohnya, semudah dengan memberi & meminjamkan nota & buku2 kita kepada kawan2 & adik2, ilmu diperturun & dipanjangkan begitu juga dengan pahala yang kita dapat insyaAllah, dapat membantu & mengurangkan kesusahan orang laen pulak tu -->boleh kita rujuk hadith atas ni manfaatnya... Ni contoh yang ringkas menunjukkan betapa mudahnya kalo kita nk aplikasikan hadith ni dalam kehidupan kita... Aku tak tahu la korang paham ke x or dapat ke x ape yang aku nk sampaikan ni...tapi apepon bantu-membantu amalan mulia k!
Heart = Jantung.... hati = Liver?
Cuma aku kadang2 rungsing jugak, kita ni manusia selalu berfikiran kalut sgt, selalu fikir benda yang susah2 and jauh nk dicapai....dengar je kita digalakkan bantu membantu orang susah je, tup! terus fikir nk g palestin, nk join perang dsb.. memng xdinafikan berfikiran panjang,melihat dunia islam secara global, menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim dalam era globalisasi ni adalah satu tuntutan yang memang wajar kita buat semampu boleh.. tapi kadang2 kita bila kita berfikiran terlalu jauh kita lupa & dengan xsemena2 kita ter-neglect-kan perkara2 mudah & lebih ringkas yang kita boleh buat dalam beberapa minit je...contohnya, macam bantu kawan2 kita didepan mata ni or orang sekampung etc...ni pendapat aku je la sebab rasanya ganjaran pahala tu Allah je tentukan dan keikhlasan hati juga Allah je yang tahu, Jadi sebesar/sekecil mana amalan yang kita lakukan yang menilainya hanya satu iaitu Allah...wallahualam...
Okeyh la...ckup la untuk hari ni...sebenarnya xda rasa nak buat post yang begitu islamic & skema sgt..tapi tiba2 rasa nk tulis pasal benda ni.. insyaAllah untuk renungan diri sendiri & semua yang membaca :)
Yang baik tu dari Allah, Yang kurang tu juga dariNya bersandarkan kepada kekurangan diri saya ni..Wallahualam..

3 comments:

keyLa said...
This comment has been removed by the author.
keyLa said...

opss..sory2..nie nak komen betul2..eheh

suke jugak hadis tu..sedap2..hehe
pandai kak koin jelaskan..

xskema langsung la kak koin.faham je.
huhu.benda baik ptt dikongsi..^^

see u in srdce k srdce ok!

kokochan said...

hehe...baek!! :o)