Monday, December 1, 2008

langkah pertama sebelum berlari...

MEMO RINGKAS DARI SANG PENULIS..
MODE : TEGAS! SERIUS!

Alhamdullilah...hari ini diriku mampu manarik nafas lega setelah berjaya menamatkan credit test biochemistry dengan jayanya.. betul kata mak, kalau kita usaha betul-betul takda apa yang mustahil, Allah Maha Adil sebaik2 penilai, Dia tidak akan pernah mensia-siakan tiap-tiap usaha umatnya...Ameen! Semuanya ditangan Allah, inilah nikmat kita orang yang beragama ISLAM..berusaha..bertawakal..dan bersyukur..

Perjalananku agak lancar setakat ini, walauapapun, tidak pernah terlintas untuk aku meletakkan diri ini dalam kondisi yang selesa, jauh sekali untuk berpuas hati dengan apa yang kucapai saat ini...hakikat nyata tahun kedua bidang perubatan di sini agak santai dibandingkan dengan tahun pertama tidak akan ku jadikan wadah untukku hanyut dalam duniaku sendiri...aku perlu sentiasa mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku.. kesenangan itu suatu cabaran, kesenangan itu mampu membunuh dalam senyap...jangan biarkan diri terleka..

Sepatah kata seorang sahabatku, "Masanya dah tiba untuk kita mula berfikir dan bergerak secara serius dalam hidup"..serius bukan bermakna langsung tiada ruang untuk bergembira, namun ianya bermaksud serius dalam memikirkan hala tuju masa hadapan... kenapa sekarang? kerana dirasakan diri ini sudah cukup dewasa, sudah pun 21 tahun, sudah wajar memikirkan tentang isi kehidupan, tentang tanggungjawab yang perlu dipikul dan sebagainya...

sesungguhnya 'menjadi doktor' adalah satu ungkapan mudah yang mampu dilontarkan dari mulut sesiapa sahaja, namun, mengapainya memerlukan pengorbanan yang besar ada ia melibatkan satu perjuangan yang panjang, perjuangan yang membabitkan pelbagai rentak [berlari, bangun, terjatuh, tertiarap, bangun dan berlari kembali].. tanggungjawab seorang doktor juga tidak boleh dipandang enteng...dealing with life! beranikah?! walaupun dirasakan jauh lagi untuk bergelar doktor namun tidak salah untuk kita membiasakan diri dengannya.. Enthusiastic! seperti hujah masing-masing taatkala ingin membuktikan betapa mendalamnya minat kita dalam bidang ini semasa medical interview dulu..jadi buktikanlah!

Allah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri [berusaha] merubahnya... Jadi tidak salah untuk kita memperjuangkan apa yang perlu diperjuangkan.. Susah memang susah, tapi kena ingat 'Nothing worth having ever comes easy'...berhenti merungut, berhenti menyumpah takdir yang mendatang, kerana semua ini tidak akan membawa kita kemana..tanamkan dalam hati bahawa setiap yang ditakdirkan untuk kita adalah tanggungjawab kita dan ada hikmah disebaliknya...Allah Maha Mengetahui, Dia tahu setiap yang dikurniakan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita dan Dia tahu kita mampu melakukanya...insyaAllah..

Nerd?Geek? dan apa-apa lagi gelaran yang mahu diberi? semua itu tidak penting kerana tatkala kita memegang segulung ijazah MBBS/MUDR tiada sapa yang mampu berkata apa-apa..jadi ayuhla kita teruskan berusaha..berusaha kearah matlamat hidup kita...


sila tunggu kemunculan Dr. Nurul Ain binti Razali in less than 5years time ok..huhu!

apa yang yang merasuk diriku harini..bersemangat sungguh!hehe..apepun semua diatas keluar dari hati kecil ni dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia...
TAMAT

9 comments:

raiNiey said...

yehaaaa... vyborne koin!! =) semangat2..

hirumi said...

yeah.itulah semangat yang kita mahukan.no matter what ppl said bout us either nerd or geek,yg pntg kita mampu nanti utk tunjuk depan muka dia bahawa segulung ijazah telah kita miliki.iALLAH.BAHSYA KOIN!!BAHSYA amino acid :p

hirumi said...

eh lupa nak wish,congrats sbb pass sudeyh credit test biochem.Happy berjumpa dengan biochem time summer.wee

~ rianus ~ said...

congratulation koin for biochem!!!
hoho..i pulak yg cuak2 pas nie~
and also...
tq sbb menyebarkan semangat itu!!
jom kita fight sama2!!
fighting!!!

kokochan said...

raini: tu la tiba2 bersemangat..ahaha
mr hirumi: Thanks..thanks for the amino acid~
rian: yeah keep on fighting!!ala..i noe u can!dont wori..hehe~

Nur Hamimmi said...

salam...koko, satu artikel yang mantap dan matang...!cool...cayalah...semangat betul membaca. you've grown up buddy!dah besa dah kawan aku ni. ni den banggo nih. mari berusaha dan doakan kami yer...

kokochan said...

mimmi!!yup2 keep on fighting babe!dont ever give up..it will be a long tough journey!sama2la kita berdoa agar segalanya dipermudahkanNya ok..Ameen!

I.n.t.a.n said...

bek
kalo jatuh kne bangun balik kan
kalo tesungkur kne bangun balik gak kan..
kalo mase jatuh tu de rase sakit
pas tu susah nak bangun
susah nak jalan
susah nak lari
cemana bek..

tapi kalo tak jatuh
tak tau rasa sakit
susah pulak kan..
hmmm..

life goes on....

kokochan said...

betol!sekali'jatuh' memang bukan senang nak bangon balik,perit.. tapi ape pon kenalah byk bersabar dan terus brusaha sebb kalo xcuba kita xtaukan..jadilah mcm bola getah!lagi tinggi/kuat jatuh lagi tinggi dia bounce balik!huhu..

yup agree with dat! sumtime 'jatuh' tu sangat diperlukan, perlu kesakitan itu as a reminder supaya xleka & x terlalu selesa!

apepon theoritically it seems easy,but practically i noe its tough..tapi susah senang tu dah lumrah hidup,nk xnak kena lalui jugakkan!life goes on~

ps/: ini hanya kata hati insan picisan mcm aku ni..apepun dont forget to make DOA, iA responsibilities gravitite to the person who can shoulder 'em!.. peringatan untuk diri sendiri juga! ]