Friday, January 30, 2009

Taking a hiatus!

I've always a strong desire to write something in here everytime i open this blog, unfortunately my time doesnt allow me to do so!*sigh!*, things are getting a little too busy lately, I'll be taking a break from the blog for some time while I focus on my coming final exams..
So,basically i'm on a short hiatus! I hope to be back ASAP, as soon as i finish my final.. dont miss me yeah!!

Bfore clicking the 'Publish Post' button...[nak membebel sket!] :
I’ve been kinda weird i guess...sudden up and down! i dunno, currently i can be extremely motivated one minute then drop down to zero level in another..haih what’s wrong with me huh??! *tough*tough*tough*tough* hey, who said taking medicine is easy koin????...Gotta do some self-assessment i tink!…
For all my friends here in czech republic,
Přeju Vám, vsechno nejlepsi!

Thursday, January 29, 2009

Perempuan dan Shopping..

Wokey, harini bole dikategorikan sebagai hari yang biasa dalam diari hidup aku [ayat xle blah!],
ye hari yang biasa bila exam ada 'disekitar selekoh'..
So, since aku ada exam on 11feb ni, aku pulun la dari bangon tido sampai maghrib dok belek2 note bio&genetics ni [break semayang&makan&ym ngn my bro!]..
Agak tertekan walaupun dirasakan jangka masa tu agak lama tapi aku hanya mampu abeskan beberapa soklan je [kira dgn jari2 satu tangan je pon bole!]..i dunno wat when wrong, tapi lambat btol harini nk digest benda-benda ni semua!haih...
Oke, aku xberniat pon nk membebel pasal diri aku dengan panjang lebarnye, sebb korang mesti teruja dengan tajuk post kali ni 'perempuan dan shopping' [teruja la sgt *saya syok sendiri!*LoL!] ..Jadi, ceritanya bermula cmni, disebabkan kebosanan yang melampau, tadi aku bukak la webpage TV3, try usha2 ape2 cerita yang best! tiba2 terasa nk tgok program yang ilmiah sket *ilmiah la sgt*..so aku click la perkataan 'ALLY' sebab aku dengar kawan aku kate best gak tv show tu...
Tup..tup bukak je episode1 rancangan tu, ia berkisar pasal shopping, perempuan,ekonomi melecet! *menarik jugak..dalam hati aku!*...haih malas la nk cerita panjang so g la tengok sendiri kt tv3 tu oke..hehe.. dihostkan oleh Ally Iskandar yang kacak *walaupun pendek sket!*, undangan jemputan pelakon Fasha Sandha yang berjam tangan RM9999.00 dan berbaju RM900.00.*perempuan..perempuan!mcm aku bukan perempuan je..hahaha* , sorang lagi name Pasha orang biasa kot,tapi nafsu shopping pon oke!hehehe...

Program ni menarik dan secara xsedar kita yang bergelar perempuan ni memang minat shopping..mungkin gene 'suka shopping' ada di sex chromosomes X, since kita ada dua chromosome X tu yang menyebabkan kita,perempuan, 'super suka shopping' atau 'suka shopping kuasa dua[XX]' bagi lelaki yang hanya ada satu chromosome X dia hanya suka shopping sahaja tidak ada super mahupun extra suka..hehehe..ni theory peribadiku setelah mendalami ilmu genetics dengan hebatnya!hahaha so tolong la,tolong la jangan percaya!hahaha... wokey2 berhenti merepek! so kalo interested pegi la ke webpage tv3 and click kt ALLY atau lagi mudah click je ALLY...


below, statistics yang dibuat kt mane ntah, tapi agak menarikla..hahaha :o)
"8 tahun dalam jangka hayat wanita dhabiskan untuk bershopping..
bersamaan 25184jam 53 minit.."

Wednesday, January 28, 2009

life's for sharing

Agak tertekan kerana hanya mampu menonton nota genetics tanpa perasaan??
Agak tersiksa kerana sebutir ayat pun tidak mampu dicernakan??
Jom kita g Liverpool jap untuk mendapatkan sedikit ketenangan dan kegembiraan jiwa..
Tribute to a friend of mine yang menuntut di Liverpool diatas kehadiran video ini di status YM anda...trimas~!
With the tagline life's for sharing..here i present you...tadaaaaa~ [dah2 g usha video kt bawah tu!]

PERKAMPUNGAN MUSIM EXAM bermula!

  1. 11 Feb - Medical Biology & Genetics [Oral Final Exam!]
  2. 17 Feb - Czech Language [Oral Credit Test!]

Wishing everyone All the Best, Vsechno Nejlepsi!!Semoga Allah permudahkan segala urusan kita Ameen...

Tuesday, January 27, 2009

Bebekcrewz

BEBEKcrewz..my besties back in high school up till now! what is so special about them?
My answer is Everything! they complete my life!
To all my dearest Bebeks ; Intan,Ocheed,Anna, Ijan, Qubee..
Thanks for everything babes!!
Thank you for being there when I needed you...
and even when I didn't,
Thank you for being there through the good times...
and the bad,
Thank you for being there to encourage my dreams....
and my crazy ideas,
Thank you for catching me...
before I fell down,
Thank you for wiping away the tears...
when I was crying,
Thank you for cheering me up...
and making me laugh,
Thank you for all the great memories...
and the bad,
But most of all...
thank you...For being you!

Monday, January 26, 2009

Maen Masak2!

Harini dengan rajinnyer aku melangkah ke dapur untuk masak [lama jugak aku xmasak..haha..] sebenarnya aku tak tau nak masak ape since skill masak aku ni sangatlah limited! last2 aku decide masak sayur goreng dengan daging masak kurma je...
Ambik pack kurma daging ADABI..memotong bawang2,halia etc dan seterusnya mengikut apa yang tertera dibelakang pack berkenaan..
Post ni aku buat sambil tunggu daging tu lembut [bosan sungguh..huh!]

Jadi supaya benda ni berpekdah kepada semua yang membacanya, ni aku nk bagi korg resepi yang aku cilok dari myresepi.com ni walaupon aku xda la ikot pun resepi ni,men belasah je..hehe~

RESEPI DAGING MASAK KURMA
Bahan-bahan:
daging yang dh direbus! [mengikut jumlah mulut yang bakal disuap!]
rempah kurma [aku pakai ADABI,sukati korg la..]
santan atau susu sejat [terpulang! mengikut kemahuan kadar lemak yang bakal menginap dalam badan anda!]
air [asas dalam masakan..yeye je!]
minyak dan garam [secukup rasa..ahaks!]
beberapa batang lada hijau * [mengikut tahap kepedasan mulut anda!]
tomato * [kalau nk cantikkan kulit,letak banyak sket!]
bawang merah & bawang kecil *
daun ketumbar *[no comment!]
halia muda * [kesian yang tua!haha]

Cara-cara :
Kisar bahan2 * hingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan masukkan rempah kurma,gaul rata dan masukkan sedikit air rebusan daging supaya tidak kering.
Masukkan daging rebus bersama lebihan air rebusannya dan masak hingga mendidih dan daging empuk. Gaul hingga rata.
Masukkan santan dan garam dan masak hingga mendidih sekali lagi.
Mudahkan??! Selamat mencuba! [hahaha mcm rancangan masakan plek!!] Mungkin kalo selalu buat post pasal masak memasak ni,leh jadi hebat masak ek! *berangan*hahaha

Gong Xi Fa Cai


For those who celebrating CNY, Happy Chinese New Year!
May your year overflow with all the good things in life..

Sunday, January 25, 2009

REVOLUSI vs SITUASI

REVOLUSI by Bunkface

aku keliru
menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju
rasa resah kukian celaru
dengan ilham ku tempuh
aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua
OO.. OH OO..
inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimpi jadi realiti
Rasional diriku rasional dirimu
penentu masa..masa depan ku
adakah masa menjadi punca
diriku dalam dilema
benarkah anjakkan paradigma
susuli ku terima
aku cuma mahukan bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

Situasi by bunkface

aunty koin..LoL!

I just came back from Prague a few minute ago, now the clock on the wall shows 12.40am and i'm sooo tired.. of course! today i walk from 11am to 8pm at the areas of namesti republiky,mustek and vlaclavske namesti and pusing2 around Palladium to shop, i didnt buy much actually, more like accompanying my friends to shop..tapi sambil2 tu i amek la satu dua!hehe.. the best part for today is masa makan sushi kt Makakiko's [in Palladium], with less than 300kc [myb 298kc, xingt tadi berapa!hahaha..] you can eat as much sushi as you can with unlimited time..not only sushi actually, ada jugak makanan laen2 like fruits,noodles, fried crab/fish/prawn etc..they call it as Sushi Run! BEST!!!!!
oke that's it about prague.. tadi masa ondaway kembali ke Hradec tercinta, my sis texted me saying that my sis-in-law dah pun selamat melahirkan baby Perempuan pkul 3am Malaysia! the 1st cucu for my parents also the 1st anak sedara for us,the rest anak-anak Pak Razali... semua excited sakan la, ye la 1st time kan,nnti kalo dah ramai2 ntah2 dh xpandang pon..hahahah! apepun saya sangat excited dan sgt2 gembira for them! Congrate to my brother and my sis-in-law...haih xsabaq nk tengok baby!! cepat2 balik umah nanti kita webcam same2 ye baby!weeee~
oke la ngantuk tahap gaban ni! nk tido..papai~

Friday, January 23, 2009

ape,sapa,dimana,macamana

Yahooooo...i already free from all the tests for this sem however not to forget i have bio&genetics final on 11Feb,but dont want to think about it yet since i've still a few more week to study!..[eh lupa result for my last czech test pun blom kuar lagi la..haha..] tapi ape pon, skrg ni bley la santai2 sket! hehe~
Yesterday we had a simple talk from MAZA and MASZLEE at Medium..as expected, both Ustaz were very awesome last nite..MAZA was talking about Akidah and Fiqh [sori i dunno the title of his speech!haha]..he was comparing lots of islamic practices done in malaysia nowadays with what had been done masa zaman Nabi Muhammad SAW.. clarify lots of fiqh problem.. with all the jokes memng mantap la MAZA!
Oke antara yang menarik yang di perkatakan :
"...Akidah itu kukuh, Fiqh itu luas..."
"..zaman nabi orang angkat nikah xperlu duduk atas bantal baldu, tak perlu lafaz dengan hanya senafas.."
"...orang malaysia takut pada anjing dan babi, konon najis, tapi boleh sucikan kan..tapi tak takut dengan bomoh yang boleh membawa kepada syirik/menyekutukan Allah...."
"orang kita taksub pada jampi2, kononnya air jampi boleh membaikkan orang, boleh mencerdikkan orang, boleh mendapatkan result yang cemerlang, jadi kalo mcm tu bagi je 1million kt orang yg pandai menjampi tu jampi air empangan so that semua orang kt tmpt tu bley jadi baik, semua jadi cerdik,bijak pandai.."
"..nak jadikan anak baik guna air jampi [walaupun dari ustaz2], sebenarnya xda istilah boleh baik dengan air jampi ,sebab kalo betul boleh baik, bagi la air jampi tu kat mat2 rempit so that diorg boleh berubah jadi baik..."
"..rasullullah penah membuat air jampi tetapi hanya untuk mengubati penyakit...bukan untuk memberi org cerdik,mnjadi baik dan sebagainya..."
"....islam itu mudah.."[ni selalu kita dengar tapi secara xsedar kita selalu berfikiran sempit bila bercakap tentang islam ]

Ini adalah olahan saya sendiri oke daripada apa yang ustaz cakap! banyak lagi sebenarnya issue2 yang dibangkitkan...tapi seriously if MAZA come to you place dont miss the chance to meet him! hehe...
ok about ustz MAZLEE, he was talking about GAZA and the history behind it.. very inspiring speech and glad to meet him since he's very expert in this field.. i'm impressed with him! takpernah terfikir untuk pergi dan menghulur bantuan ke kem2 pelarian palestine seperti di westbank...maybe someday i'll go to westbank or any other refugges camp to give help! insyaAllah!

oke i've to go now, i wanna get ready to go to prague, but i'm quite sad since i cant join the demo at Mustek [my parents doesnt allow me to join any demo!] so kena la patuh oke..
oke, wasalam

Sunday, January 18, 2009

MAZA a MASZLEE v HRADCI KRALOVE

Alhamdullilah bersyukur kepada Allah diatas nikmatNya yang sentiasa melimpah-ruah! Semoga nikmat dikurniakan ini tidak membawa kepada kelalaian kita daripadaNYA..
oke,Post kali ni didedikasikan untuk menyampaikan info mengenai kedatangan Ustaz Maszlee Malik dan Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin [MAZA] di Hradec Kralove pada 22 January 2008 ini..
Khusus untuk kawan-kawan di Hradec Kralove,Program yang telah dirancang oleh pihak berwajib adalah seperti berikut:
1830 - 1845 : Berkumpul di Medium
1900 - 2000
: Ceramah Bersama Dr Mohd Asri Zainul Abiddin – Tema: ” Menyemai Benih Perubahan Minda”
2000 – 2130 :Ceramah bersama Ustaz Maszlee Malik – Tajuk – “Gaza: The Story Behind the Tragedy”
2130 – 2230 :Jamuan
KEPADA SESIAPA YANG MASIH TERFIKIR-FIKIR SIAPAKAH DR MOHD ASRI BIN ZAINAL ABIDIN [MAZA] DAN USTAZ MASZLEE BIN MALIK NI, JOM BACE SKET INFO YANG ADA NI.. memetik sumber dari RAJEEV's
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin s.s.p.

Born in Seberang Prai Pulau Pinang (1971)
Was the former Mufti of Perlis
Now in Lampeter, Wales working on a thesis
http://drmaza.com/

education :
-Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
-Kolej Islam Klang
-B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
-M.A Pengajian Islam USM.
Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
-Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) :
Tajuk:سبب ورود الحديث: دراسة تحليلية بتركيز خاص على الضوابط والمعايير

books :
1. Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).
2. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).
3. Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
4. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
5. Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
6. Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).
7. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).
8. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)
9. Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.
10. Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
11. Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).
12. Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)
13. Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
14. Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).

Ustaz Maszlee Malik

Born in Johor Bharu (1974)
First Degree in Fiqh and Usul Fiqh, Al-Bayt University, Jordan
Master in Fiqh and Usul Fiqh, University Malaya, Malaysia
Currently finishing PhD in Political Thought, Bowburn, Durham, United Kingdom
http://maszleemalik.blogspot.com/
Maszlee Malik Facebook

Experience :
Lecturer in Pusat Matrikulasi UIAM (Jabatan Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan)
Active in NGOs - JIM International, Pertubuhan Kebajikan Saudara Baru Darul Fitrah, Pertubuhan Kebajikan Islam An-Nidaa, Muslim Professional Forum
Teacher of martial arts Sin Bao Qi Gong
currently writing in Majalah I, Milenia Muslim, Remaja I, Perspektif and eramuslim.com (Indonesia)
Founder of website palestinkini.info

Books :
Biografi Syeikh Ahmad Yassin
Persoalan Asas Isu Palestin
Aspek-aspek Keislaman Isu Palestin
Road to Beirut
Soal Jawab Remaja Islam
Hukum Talfiq dalam Muamalat
HAMAS
Fikah Luar Negara

Jom sama-sama kita meriahkan.. Sebarkan pada yang lain!! :o)

Burned TERRORIST from Gaza

SALAM..
I got this vid from SABBAH BLOG.
Sangat menguris hati.. sgt KEJAM!!!! Tak tahu lagi nak cakap apa!
Teruskan berdoa ye kawan2..walaupun kita tak tahu sampai bila benda ni akan berterusan dan bila ia akan berakhir...
Letakkan keyakinan yang jitu pada ALLAH, kerana Maha Berkuasa Allah itu tidak ada satu pun terkecuali...ALLAHUAKHBAR!
Juga ingin saya berkongsi maksud surah Al-Fil yang menceritakan betapa mudahnya Allah menundukkan tentera bergajah Abrahar pada satu ketika dulu bagi mempertahankan kesucian Kaabah.. Allah Maha Berkuasa! tiada sesuatu kuasa didunia ni pun [mahupun israel n US yang semua orang xberani lawan tu] mampu terlepas dari kekuasaan Allah! tidak mustahil suatu hari nanti Israel / US dan sekutu-sekutunya akan menerima balasan yang setimpal, sepertimana apa yang diterima tentera bergajah abrahar dahulu...Wallahualam!

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah ?

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ
Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?,

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ
dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong,

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ
yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar,

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ
lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Saturday, January 17, 2009

now we're one!

just wanna share an article which i got from fatin's.. agak panjang tapi sangat2 menarik! so rajin2kan la diri membaca [kan ke membaca tu amalan mulia :) ]
oke click link below to read or kalo nk overview sila ke blog fatin yerk!hehe~
by Harun Yahya
wasalam

Friday, January 16, 2009

wokeyh!

16 January2009
Friday
6.35pm
Bilik Aku, Cejpova 420, HK
Masih ada snow diluar

Wokey, aku tak tau nak tulis ape kat sini sebenarnya, selain issue palestine dan benda2 yang aku belajar, otak aku memng betul-betul kosong.. mungkin aku dah berada di zon nerd tahap gaban ke ape pon aku tak tau la..nak kate aku study giler pon,tipu je la kan..melagha xsudah!hahaha..

Mcm apa yg aku tulis dalam post yang lepas aku ada banyak2 czech test!! mungkin otak aku ni terlalu banyak vocab czech kot sampai aku blurr tahap cipan ni? ehhh tapi xjugak sebab kalo ye mesti aku dapat jawap dengan hebatnya masa test tu, tapi macam haram je aku rase! even worst aku rasa ada kemungkinan yang aku kena repeat kot test tu!hahaha... oke tu kita tolak tepi dulu..hehe
"Ain, posilam Vam vasi prezentaci, je moc dobra. "
Hezky den

Mgr. Žaneta Šlemarová
přednostka Ústavu jazyků

Oke, ni email dari prof czech aku pas aku hantar ke dia copy presentation aku! mungkin semua pon dapat email yang sama tapi aku saja je nk letak kat sini, supaya bila aku dah tua nanti aku bace balik post2 ni bley la aku ingt balik kenangan2 masa duduk kt czech..mse tu mungkin aku dah bleyy cakap czech laju mcm air paip, dah pun jadi doktor tapi menetap di malaysia oke, mungkin dah kawin dan tengah ajar anak aku cakap czech!hahaha *berangan!*

Zaman adik2 : Summer 1st year HK~

Oh ye! aku nk cerita pasal exam Basis of Patients Care aku semalam! hahaha lawak giler!!! macam biasa r semua pon bace mcm xbace je kan, jadi tyme exam tu semua pon sibuk la menunjukkan ke'concern'an terhadap kawan2 lain dan sikap tolong menolong yang dipupuk dari kecik tu memng diaplikasikan dengan jayanya semasa exam berlangsung!..semua bergabung tenaga menjawap soalan yang 'susah' tu!hahaaha [susah sebb xbace oke!hahaha].. jadi semua pon pas dengan jayanya!hahaha siap dapat 1 [1=highest score!] padahal ada soalan yang aku xbace pon men tenyeh je jawapannyer sambil menjeling ke paper member2 sebelah..hahaha sangat keji prbuatan ni.. jangan diulangi oke dan kepada semua 'dont try this at home oke'... perbuatan ni hanya boleh dilakukan pada exam2 yang bley nk kate xbrape nk penting je oke, yang laen JANGAN!!!! [nk buat jahat pon ada syarat ek!hahahaha]

Lepas exam tu tiba-tiba semua bersetuju nk dinner kt umah Baitul Musab ramai2 [semua girls b02]..so bertemakan nasi kerabu dan budu, Didie menjadi chef utama dibantu ila dan laen2,dapat la kami merasa makan nasi kerabu kaler biru dan kuning tu..oke nk cerita sket sejarah SAYA dan BUDU!hehehe.. berbekalkan osmate kelantan, di Czech Republic la saat pertama saya mencecahkan budu di taste bud saya! disinilah pertama kalinya saya makan budu!hahaha.. terima kaseh..terima kaseh kepada kawan2 yang sudi memperkenalkan kehebatan rasa budu kepada saya!!hehehe~

oke la gtg nk dinner jap! nanti2 saya update lagi oke..

Wednesday, January 14, 2009

sape terrorist sebenarnya ni?

Spend your time and listen to this..

"in the village at the end of gaza city...they found dead babies sucking on the toes of their dead mothers...." [1.50]

what a bad things to hear! 8:::::::((

friends, dont forget and dont stop praying for them!!

Have strong faith in ALLAH! Janji ALLAH itu pasti!!

Monday, January 12, 2009

Sunday, January 11, 2009

hidup manusia bernama koin!

Benda yang perlu difocus...kurangkan lagha, rajinkan diri, nerdkan diri...jom lepak ngan buku 24/7...sebb? apa yang menanti kamu minggu akan datang?
minggu hadapan!
biology presentation -rabu
czech persentation -khamis
czech repeat credit test -khamis
czech oral test -khamis
basis patient care test - khamis
minggu depannya lagi..
czech credit test lagi -khamis
biology credit test -20jan
keadaan sekarang??! hampir mereng~ tapi apepun kenaa pulun.. good luck semua!
oke gtg! wasalam..

Saturday, January 10, 2009

Best 10mins Film in Europe

Assalamualaikum..
Kali ni aku nk share this Best 10minutes Film in Europe! nicely done and very meaningful.. so enjoy it!


Within ten minutes anything can happen! apa yang kita selalu buat dalam 10mins? tido?makan?bersembang?blogging?tunggu bas?shopping?internet?...
For us who live our life comfortablely ; excess foods, sleep on comfy bed, cozy room, good cloths blahblahblah.. 10minutes might mean nothing! "apa sangat la bley buat dlam 10min kan?!"


Tapi bagi saudara2 kita yang diuji Allah di medan perang sebagai contoh Palestine, 10 minutes ni sangatlah bermakna bagi mereka, dalam sepuluh minit nasib mereka di pertaruhkan, apa-apa mampu berlaku dalam masa sesingkat 10minutes..within 10minutes or mybe less than that, semua anggota keluarga mereka mungkin terkorban!, or mybe their village or house is being destroyed or even worst they might end their own life just in the 10minutes...

Impian orang-orang seperti mereka [merujuk saudara kita di Palestin!] hanyalah untuk survive pada hari ini agar dapat terus memperjuangkan tanah air mereka yang juga merupakan tanah haram bagi ummat islam! saya stresskan sekali lagi TANAH HARAM UMMAT ISLAM yang mengandungi Masjid terpenting kita iaitu MASJIDIL AQSA, juga tanah suci dimana Rasulullah diangkat ke langit pada hari isra'mikraaj... sebenarnya Palestine adalah tanggungjawab semua ummat islam bukan sahaja rakyat palestine..!!


Mungkin apa yang saya tulis ni dahpun diketahui semua! dan mungkin ramai yang pelik kenapa tiba2 saya obses dgn issue palestine ni padahal selama ni mcm xamek 'pot' sgt pon...saya tak mampu menjawap soalan tersebut kerana apa yang saya tahu sekarang ni hati saya macam disiat-siat bila tengok gambar2 dan baca updates about palestine sekarang...


Cuma satu je saya nk MERAYU kepada semua..tolongla amek tahu [walaupon baru skrg nk mula amek tahu mcm saya ni]! PLEASE be aware dengan issue palestine ni sebab mereka saudara-saudara kita dan mereka sekarang ni secara sukarela mewakili kita seluruh umat islam untuk memperjuangkan tanah haram milik kita ummat islam...


Apa tanggungjawab kita!??! saya pun taktahu nak jawap soalan ini.. kadang-kadang saya pun rasa saya tak dapat nak contribute banyak dalam hal ni..memang saya geram saya marah saya benci ISRAEL tahap gaban!!!! tapi saya xtahu nak buat apa-apa sangat...
walaubagaimanapun... saya dah declare war dengan israel! SAYA SUDAH PON MULA MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL! ANDA BILA LAGI?? Kejilah kita kalo perkara sesimple ni pun kita xmampu nk buat... mati ke x makan mekdi dan xminum coke?? koyak ke kulit muka,cacat ke anggota kalo xpakai loreal,revlon?? rosak ke badan kalo xpakai baju armani or mark&Spencer???...
Sebenarnya saya impress dgn masyarakat diseluruh europe ni khususnya orang puteh yang bukan beragama islam! Mereka sanggup berarak untuk melaung kan perkataan 'FREE PALESTINE', mereka sanggup memboikot barangan israel walaupun mereka tiada tanggungjawab dari segi agama mcm kita... mereka hanya berlandaskan HUMANITY sanggup buat semua tu!.. kita ni? HUMANITY & ISLAM bukankah itu 2 reasons yang sgt besar untuk kita melancarkan perang [dengan cara sendiri] terhadap israel?? boikot, jom donate apa2 yang kita mampu dan juga berdoalah untuk mereka..itu je la yang sangat mudah yang mampu kita lakukan sekarang ni...Penceramah di PMS scotland [menurut kawan saya!] cakap " dont you ever underestimate the power of DOA"...so banyak2lah berdoa! kita berserah pada ALLAH, dia sebaik2 tempat kita mengadu... dan last sekali, sekerdil2 bantuan yang kita boleh buat mungkin dengan menghulurkan rasa simpati kita dan AMBIL TAHU tentang perkara ini...

Bacalah doa qunut nazilah ni setiap kali solat fardhu kita:

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا اللهاللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,Goncangkan pendirian mereka,Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada merekaWahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Dan menangkan kami ke atas mereka.Amien…!

Sebelum berundur, jika anda masih mempunyai masa terluang dan tidak tahu hendak berbuat apa..bacalah article 'Antara illusi dan Realiti' [click to read!] dari ustaz Hasrizal ni..

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]

JANJI ALLAH ITU PASTI, tetapi sedarkah kita janji Allah yang digambarkan dalam ayat al-quran tersebut bersyarat.. Jadi terfikir sejenak adakah jika kita masih tidak memenuhi syarat tersebut, Allah akan mengurniakan kemenangan tersebut?? Wallahualam... terlalu kerdil untuk saya mengulas panjang issue ini.. Kesimpulannya saya amat terpukul dek article ni, dan saya sangat menyarankan kepada semua untuk membacanya supaya kita sama2 dapat membuka mata tentang realiti sebenar ummat islam sekarang dan tidak terus menjadi ilusi semata..

Oke la..kalo nk cakap sebenarnya banyak lagi kat kepala ni yang rase nk dimuntahkan kesini tapi kalo ckp semua mesti xhabes2 post ni.. takpa la kita sambung laen kali oke..akhir kata dari saya..

"TOLONG LA AMEK TAHU HAL INI!!! JANGANLAH PANDANG REMEH!! BUATLAH APA-APA YANG TERMAMPU"

wallhualam! terimakasih kerana sudi membaca dengan setianya!

Kilauannya hampir menghilangkan penglihatan..

ASSALAMUALAIKUM WBT..
Kawan2, kerana kami disini masih berada dalam mode SNOW jadi kali ni aku nk share sepotong ayat Al-Quran yang ku perolehi semasa usrah petang tadi yang berkisar tentang Salji...
putih..suci..bersih..snow meliputi sungai yang telahpun membeku..
” tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertompok-tompok, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung,maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang Dia kehendaki.kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan. “
An-Nur: 43

Thursday, January 8, 2009

Kralovian B02 :o)

DOBRY DEN! JAK SE MAS?? JSEM DOCELA DOBRE...
tak nebudu mluvit cesky tady protoze vim, nerozumite!
Oke tukar channel supaya semua faham!..jadi seperti yang diberitahu melalui post yang lepas..pada tanggal 4hb Jan, kami budak second batch HK dah pon buat gathering yang hebat di rumah Ijoy aka Busut,Daus n Nazrin...kenapa nk buat gathering??jawapannya sebb kami selalu sgt busy dengan hal masing-masing dan dah lama bersembang, beramah mesra serta merepek2 bersama! bertemakan pot-luck semua telahpon memberikan kerjasama dengan membawa makanan yang sedap2 untuk menjadi bahan santapan bersama...Kami warga cejpova dengan bangga turut meyumbang roti jala & curry ayam untuk majlis tersebut..Majlis?giler skema ayat!erkk xpa la..hehe.. Roti Jala tu percubaan pertama kami! tapi Alhamdullilah menjadi..hehe~ antara makan-makan yang dibawa oleh sahabat yang laen termasuk bihun goreng, ommelette kentang, mashed potatoes, kek, koktail, maccaroni goreng, french fries blablabla...Alhamdullilah, cukup makan semua! owh terlupa nak cakap batch kami adalah seramai 23 orang tapi pada hari tersebut ada 6org yang tidak dpt hadir menjadikan jumlah yang hadir hanyalah 17orang...walauapapun sket je yang datang,korang semua tetap best! Sambil makan macam biasa la bergossip dan mengutuk sesama sendiri dan memng menjadi lumrah kehidupan remaja di sini...hehe bukan apa, benda2 mcmni la yang makin mengeratkan kita semua, bergurau senda tu memng xle tinggal la dalam hal ni..hehe so abes cerita makan dan merepek2! Seterusnya tanpa dirancang, semua bersetuju untuk bermain snow di park belakang rumah ijoy di stefanikova...dikepalai Ayee selaku raja bermain snow, kitorg pon bermula dengan bermain snowwar... ada dua group, group carrot ngn group limau! Asas permainan macam paintball, sape kena baling ngn snow dia mati! dan group sapa berjaya amek carrot/limau ke tempat mereka akan menang! secara halus dan kasarnya memng sangat bes walaupon team aku kalah 2kali berturut2 hahaha[memng xda bakat btol maen menatang ni]!!!!

sejurus selepas penat berlari disuhu yang terlalu rendah! kami pon mengambil keputusan untuk membuat snowman bersama2!!!!!!sebelum membuat snowmann sempat jugak kami2 main baling2 n attack2 orang dengan snow tu...memng menarik tapi sejuk tahap gaban!!! so, kami secara serius semua bertungkus lumus membuat snowman, tetapi malangnya serbuk snow pada malam itu sangat rendah potensinya untuk bergumpal! mungkin kerana terlalu kasar or mereka masih bersikap individualistic sesama mereka!..hahaha so proses membuat snowman malam itu menjadi sukar!!walauapapun, usaha gigih semua kami berjaya membuat snowman yang tak berapa nk kacak tapi mempunyai 6-packs di abdomennya!ahahahaha...

selepas berjam-jam berjemur dibawah rintikan snow, kami yang hampir membeku pon naik balik ke rumah ijoy untuk menikmati hot chocolate buatan ayee bagi memanaskan badan sebelum pulang kerumah! terimakasih kepada semua yang terlibat, sesungguhnya i'm sooo glad being part of you guys kralovian B02!!!..hehe~

CERITA HARI ESOK!

Pada keesokan harinya, snow masih menebal, suhu sudah pon mencecah -10degree...tamat class physiology petang itu 4.30ptg kami bergegas solat dan seterusnya menuju ke belakang faculty untuk bermain snow lagi!..kami jakun??memng kot! cant' be help...sebb kami xpenah merasai nikmat snow selama hayat di Malaysia!!kesiankan!hehehe... oke hari ni dah xnak buat snowman or men snowwar lagi... so hari ni kami maen luncur salji..ada orang panggil luging, ada ckp 'surfing kot' dan macam2 lagi...tapi apa yang penting kami maen slide mcm kt watepark tu, tapi kali ni guna tebing curam, alatan2 sket dan snow! memng bes giler, you can feel the splash of the snow on your face along the way mase menuruni slope tu...hehehe...oke tgok la gmbr2 yang ada ni!ehehe
Then after penat meluncur,terjerit2 dan mengambil gambr..kami pon merentasi salji setinggi betis kaki kami di kawasan lapang belakang faculty tu untuk pergi ke tasik yang ramai orang cakap dah pon beku!!!!oke..kami pon cuba memijak diatas tasik tersebut! TERBUKTI tasik yang agak dalam tu sudah pon membeku, kami berjalan-jalan diatasnya dengan gaya yang agak selamba walau pada awalnya takot jugak ![kang tiba2 tenggelam xpasal2 je hehe]... tangan,kaki. hidung,mulut cant bear the cold-ness anymore! walaupun berbekalkan winterboot, glove, no mafla [xreti pakai!hahaha...] semua anggota dihujung2 sudah pun menjerit kesakitan kerana suhu yang melampau sejuk! so kami pon terpaksa bergegas kembali ke faculty untuk memanaskan badan dengan hot choclate! pastu ape lai balik la..heheh~
Inilah nikmat yang paling nikmat yang diberi Allah untuk semua yang berada di Hradec Kralove..keputihan, kesucian salji ni memng menakjubkan! mesti ada yang pelik kenapa la post tahun ni asik pasal maen salji je padahal aku dah kt sini 2tahun! xabes2 je kejakunan tu?! hahaha.. to be frank memng kami jakun! kami suka snow! so what?! plus snow for this year is a bit different...sangat tebal compared to last year! even local people here pon ckp dah bertahun lamanya czech xsalji tebal mcmni..hehehe~ so kesimpulannya kami rasa sangat beruntung!


Sebelum mengundur diri..saja gedik2 nak bagitau! harini dwet saya lebur lagi! beli jacket baru khusus untuk menangkis suhu sejuk yang sudah mencecah ke tulang sumsum ku! jacket by Hannah ni biasa2 je tapi wat make it special is it's equipped with many special features such as thermal-insulator, water-proof, detachable 2layers, breathable, so many pockets, RED!etc..it's a sporty jacket yang memng sesuai untuk outdoor activities dikala winter ni..lebur jugak +-100euro untuk Jacket ni!

oke la dah panjang sgt ni..nanti2 saya sambung lagi oke..

Tuesday, January 6, 2009

Sejarah Mungkin Berulang..

Erkk...tiba2 teringat plak lagu NewBoyzz yang jiwang meleleh tambah sengau sket..hahaha! oke nk tulis sket je ni.. tajuk tu adalah berkaitan dengan apa yang berlaku harini... Harini pkul 10.30pagi tadi adalah masa untuk mem'book' tarikh untuk final biology bagi semua kanak-kanak 2nd year Medic di Lekarska Faculta HK..semua kanak-kanak pun bergegas ler pegi ke Medical Biology and Genetics Dept untuk merebut tarikh yang diingini berdasarkan tarikh yang ditawarkan sebelum ni...
Aku??Pada awalnya berangan nak amek 4 atau 6 Feb ni...rasanya mcm cantek je tarikh tu..hahaha...tpi apa yang berlaku satu masa dulu, pada hari untuk me'register' final Histology[mengimbau kenangan 1st year!] berlaku lagi..SEJARAH BERULANG LAGI!..haih mcamana boleh tido xsedar diri... Last2 semua tarikh yang aku nak full then kena la amek je tarikh ape2 yg ada... so, sama la untuk Bio ni, rancang laen jadinya laen..tak pasal2 aku akan kena amek exam tu on 11Feb..hahaha.. Betul jugak kate orang bangon lambat dapat rezeki lambat la..hahaha.. you deserve that koin!!padan muka!
tapi xpa, mungkin ada baiknya jugak aku amek lewat sket dari rancangan awal...at least boleh prepare lebih, banyak masa so xpressure sgt.. Aku harap agar tarikh ni adalah tarikh yang terbaik untuk aku!! Ya Allah permudahkanlah jalan kami... Kalian! selamat berjuang~
*i'll update u guys with my super-duper happening batch gathering yang merangkumi seisi bermaen snow yang terbaikk diabad ini dan seisi luging atau snowsurfing atau ntah ape2 la yang kitorg men yang bes tu..tnguu!!!bye~

Saturday, January 3, 2009

ICE-land called Hradec Kralove..

Assalamualaikun a Dobry den!

Actually i've nothing special to write in this post, just feel like posting sumthing :oD
my feeling rite now??nothing in exact..myb happy bcoz i'm soo full..just having my dinner a few minutes ago :o) thanks to my housemates for the marvellous tomyam!!!huarrghh deliciousss nyummy~
hurmm..about the title of this post! nothing much actually, just a random thought from me..might be due to the cold-ness that leads to this cannot-getout-from-duvet disease haha *merepek!*...oke stop2!hahaha...

oke, after 3days hibernating myself in this house finally i managed to force myself to go out as we've run-out of rice..*mane bley idop tanpa nasi!haha* so, after maghrib about 4.45pm we went to Futurum! what i can say, today temperature is uncomfortably low *might be because dah lame xkeluar rumah!*, i can see on the TV inside Futurum the lowest temperature today [dnes] is -10 degree..and of course all part of Hradec Kralove is currently covered with quite thick snow...lagi menarik! my friend told me that the lake behind my university is already beku so if u like ice-skating you can just go there *ice-skating for free!*... las monday when i was in the bus heading to KBbank i can see the swans and ducks at the Labe river were surrounded by the fragments of ice that float on the top of the river hoho poor them *mesti sejuk gilerr~*...hoho

..ok dah xtau nk cakap ape...so let move on to something more interesting..
i wanna make an anouncement here..
To all Kralovian batch02,
[Busut aka Ijoy, Daus, Nazrin, Ayee, Awang, Aizat, Zharif, Lah, Fara, Didie, Wani, Dalila, Meiyee,Sara, Jay, Madihah, Ijti, Rian, Shu, Raini, Ila,Chenad, Koin]
All of u [refer to the name listed above] are invited to a small 'melepak'ing party since dah lama kita xmerepek2 bersama..so, details as below:

Makanan: pot luck, semua bawak makanan yerk!
Lokasi sasaran : rumah our Mr Pres, Ijoy aka Busut
Masa bertindak: esok, lps maghrib (area kol 5-6 ptg)

Marilah sama2 kita memeriahkannya..yeah! tribute to ila for the managing thingy!haha..

Ape lagi nk Cerita ek! ok about my study! i'll finish my winter sem on this coming February.. before that i've to face 2more czech tests, 1Medbiology credit test and Final MedBiology&Genetics. Luckily i've settled my biochem and physio credit for this sem bfore the holiday!,...but still i'm soo worry about the biology final since i have'nt started anything yet hoho...also to my czech language, i'm not only worry about the exam, but also the communication or the speaking part! since this is the last year i've Czech as one of my subject i think if i still unable to use the language properly, i've to take a private class later..huhu.. kita tgok nanti mcmana oke..hehe~
ok la, gtg, i've to continue with my one piece! i only have today and tumorrow to 'pulun' finish all of the available episodes 383!sekarang berada dilokasi 338..
so everyone, na shledanou~