Thursday, January 8, 2009

Kralovian B02 :o)

DOBRY DEN! JAK SE MAS?? JSEM DOCELA DOBRE...
tak nebudu mluvit cesky tady protoze vim, nerozumite!
Oke tukar channel supaya semua faham!..jadi seperti yang diberitahu melalui post yang lepas..pada tanggal 4hb Jan, kami budak second batch HK dah pon buat gathering yang hebat di rumah Ijoy aka Busut,Daus n Nazrin...kenapa nk buat gathering??jawapannya sebb kami selalu sgt busy dengan hal masing-masing dan dah lama bersembang, beramah mesra serta merepek2 bersama! bertemakan pot-luck semua telahpon memberikan kerjasama dengan membawa makanan yang sedap2 untuk menjadi bahan santapan bersama...Kami warga cejpova dengan bangga turut meyumbang roti jala & curry ayam untuk majlis tersebut..Majlis?giler skema ayat!erkk xpa la..hehe.. Roti Jala tu percubaan pertama kami! tapi Alhamdullilah menjadi..hehe~ antara makan-makan yang dibawa oleh sahabat yang laen termasuk bihun goreng, ommelette kentang, mashed potatoes, kek, koktail, maccaroni goreng, french fries blablabla...Alhamdullilah, cukup makan semua! owh terlupa nak cakap batch kami adalah seramai 23 orang tapi pada hari tersebut ada 6org yang tidak dpt hadir menjadikan jumlah yang hadir hanyalah 17orang...walauapapun sket je yang datang,korang semua tetap best! Sambil makan macam biasa la bergossip dan mengutuk sesama sendiri dan memng menjadi lumrah kehidupan remaja di sini...hehe bukan apa, benda2 mcmni la yang makin mengeratkan kita semua, bergurau senda tu memng xle tinggal la dalam hal ni..hehe so abes cerita makan dan merepek2! Seterusnya tanpa dirancang, semua bersetuju untuk bermain snow di park belakang rumah ijoy di stefanikova...dikepalai Ayee selaku raja bermain snow, kitorg pon bermula dengan bermain snowwar... ada dua group, group carrot ngn group limau! Asas permainan macam paintball, sape kena baling ngn snow dia mati! dan group sapa berjaya amek carrot/limau ke tempat mereka akan menang! secara halus dan kasarnya memng sangat bes walaupon team aku kalah 2kali berturut2 hahaha[memng xda bakat btol maen menatang ni]!!!!

video

sejurus selepas penat berlari disuhu yang terlalu rendah! kami pon mengambil keputusan untuk membuat snowman bersama2!!!!!!sebelum membuat snowmann sempat jugak kami2 main baling2 n attack2 orang dengan snow tu...memng menarik tapi sejuk tahap gaban!!! so, kami secara serius semua bertungkus lumus membuat snowman, tetapi malangnya serbuk snow pada malam itu sangat rendah potensinya untuk bergumpal! mungkin kerana terlalu kasar or mereka masih bersikap individualistic sesama mereka!..hahaha so proses membuat snowman malam itu menjadi sukar!!walauapapun, usaha gigih semua kami berjaya membuat snowman yang tak berapa nk kacak tapi mempunyai 6-packs di abdomennya!ahahahaha...

selepas berjam-jam berjemur dibawah rintikan snow, kami yang hampir membeku pon naik balik ke rumah ijoy untuk menikmati hot chocolate buatan ayee bagi memanaskan badan sebelum pulang kerumah! terimakasih kepada semua yang terlibat, sesungguhnya i'm sooo glad being part of you guys kralovian B02!!!..hehe~

CERITA HARI ESOK!

Pada keesokan harinya, snow masih menebal, suhu sudah pon mencecah -10degree...tamat class physiology petang itu 4.30ptg kami bergegas solat dan seterusnya menuju ke belakang faculty untuk bermain snow lagi!..kami jakun??memng kot! cant' be help...sebb kami xpenah merasai nikmat snow selama hayat di Malaysia!!kesiankan!hehehe... oke hari ni dah xnak buat snowman or men snowwar lagi... so hari ni kami maen luncur salji..ada orang panggil luging, ada ckp 'surfing kot' dan macam2 lagi...tapi apa yang penting kami maen slide mcm kt watepark tu, tapi kali ni guna tebing curam, alatan2 sket dan snow! memng bes giler, you can feel the splash of the snow on your face along the way mase menuruni slope tu...hehehe...oke tgok la gmbr2 yang ada ni!ehehe
Then after penat meluncur,terjerit2 dan mengambil gambr..kami pon merentasi salji setinggi betis kaki kami di kawasan lapang belakang faculty tu untuk pergi ke tasik yang ramai orang cakap dah pon beku!!!!oke..kami pon cuba memijak diatas tasik tersebut! TERBUKTI tasik yang agak dalam tu sudah pon membeku, kami berjalan-jalan diatasnya dengan gaya yang agak selamba walau pada awalnya takot jugak ![kang tiba2 tenggelam xpasal2 je hehe]... tangan,kaki. hidung,mulut cant bear the cold-ness anymore! walaupun berbekalkan winterboot, glove, no mafla [xreti pakai!hahaha...] semua anggota dihujung2 sudah pun menjerit kesakitan kerana suhu yang melampau sejuk! so kami pon terpaksa bergegas kembali ke faculty untuk memanaskan badan dengan hot choclate! pastu ape lai balik la..heheh~
Inilah nikmat yang paling nikmat yang diberi Allah untuk semua yang berada di Hradec Kralove..keputihan, kesucian salji ni memng menakjubkan! mesti ada yang pelik kenapa la post tahun ni asik pasal maen salji je padahal aku dah kt sini 2tahun! xabes2 je kejakunan tu?! hahaha.. to be frank memng kami jakun! kami suka snow! so what?! plus snow for this year is a bit different...sangat tebal compared to last year! even local people here pon ckp dah bertahun lamanya czech xsalji tebal mcmni..hehehe~ so kesimpulannya kami rasa sangat beruntung!


Sebelum mengundur diri..saja gedik2 nak bagitau! harini dwet saya lebur lagi! beli jacket baru khusus untuk menangkis suhu sejuk yang sudah mencecah ke tulang sumsum ku! jacket by Hannah ni biasa2 je tapi wat make it special is it's equipped with many special features such as thermal-insulator, water-proof, detachable 2layers, breathable, so many pockets, RED!etc..it's a sporty jacket yang memng sesuai untuk outdoor activities dikala winter ni..lebur jugak +-100euro untuk Jacket ni!

oke la dah panjang sgt ni..nanti2 saya sambung lagi oke..

3 comments:

s.c.h.u.l.t said...

xley blah makcik.bukak tag dulu kot ye pun nk brgaya dgn jacket baru. grr..grrr.. *jeles*

padan muke! dolu2 tanak blaja rajen2..hehe

takdapek men snow..:(

p/s: blk msia bungkus snowman utk aku 1! hahaha

I.n.t.a.n said...

bapak mahal jaket ko bek!
almost 500bucks oke
mungkin setanding baju armani suda..huhu

mau main salji jugeeee!!

kokochan said...

to Schult : hehe tu la excited sgt xsempat bukak tag..hahaha.. Xpa mane tau ada rezeki nanti wat phd/master kt obesi ke..hehe~! xpon honeymoon!!hehe~

to intan : tu pon tgah sale ni bek!!kalo x lagi mahal dan xmampu sgt!hahaha..memng pon,lagi mahal dari jacket ZARA aku!hahaha.. sejuk giler skrg ni so nk taknak kena gak beli jacket mcmni sebb jacket cmni je hebat dalam menangkis sejuk!!hoho..jacket2 laen cantek je harap!hahaha..