Monday, February 23, 2009

bila winter melambai pergi??

Faculty of Medicine in Hradec Kralove, Charles University of Prague
Secara rasminya harini kami pelajar-pelajar LFHK,UK telah mula membuka langkah ke pengembaraan fasa berikutnya iaitu summer semester.. hari pertama di semester ke-4 bagiku tidak banyak bezanya, ke lecture hall, mendengar lecture berjam-jam..ada yang masuk ke hippocampusku, ada juga yang hanya lalu menyapa lantas pergi begitu sahaja, ada juga yang langsung tidak melekat dimana-mana sistem deriaku... perkara-perkara berikut sudah lali bagi diriku dan aku rasa semua pelajar laen pun begitu juga... apa yang mampu dikatakan, hari ini pencapaianku agak bagus kerana Encik Ngantuk masih tidak mengangguku semasa dikelas, tapi aku berani jamin 2-3hari lagi aku akan mula berkawan baik dengan Encik Ngantuk sepanjang Lecture berlangsung..huhuhu..
Dibawah ni aku attachkan jadual aku..nampak mcm penuh dan ianya memang pun penuh..tapi xsemua kaler dalam jadual tu melibatkan aku, ada kelas elektif yang hanya sesiapa yang mendaftar sahaja perlu hadir...tapi mostly aku kena pegi la..huhu~
Kedatangan summer sem ni memng dinanti semua, ada yang berkata 'waaa...dah nk balik mesia brape bulan je lagi' ada yang mula bertanya 'dah bli ticket flight balik? balik bila?' ada pula yang mula berangan ' waaa...nk raya diMalaysia tahun ni'..dan berbagai-bagai lagi soalan..
Jika kita mengimbau zaman lampau mungkin dengan meminjam pintu ajaib doremon; perkara yang berlaku tahun lepas, seawal march/April semua sudah mula berpusu-pusu mem'book' ticket balik untuk memastikan kononya harga murah jika menempah awal, dsb.. Semua dengan rakusnya membuka webpage semua penerbangan gah didunia ni..namakan sahaja MAS, Gulf Air, Emirates etc...pandangan dikala itu hanya terlekat pada muka ibudanayah tercinta, kampung halaman yang indah permai, dan malaysia yang aman sentosa [aman kah?]... semua keindahan dikota barat dikala itu dipersetankan,muka-muka professor diabaikan, buku-buku dibiar bergelimpangan..[erkkk hiperbola la pulakk..hahaha~!] tidak menyedari bahawasanya diri masih mempunyai satu semester yang perlu dilalui...perlu diterokai..
Padahnya masing-masing yang tiada pengalamannya ini tidak mampu memenuhi hasrat dan impian untuk pulang diwaktu yang ditetapkan..akibatnya? tarikh penerbangan dirombak, strategi diubahsuai mengikut situasi, duit dilayangkan dengan pasrah.. teladannya? tunggu abes exam baru book flight ticket...hahaha tu je nk cerita..haha~
Ramai agak pelik kenapa pulak nak tukar tarikh dan sebagainya,complex je? ye2 memang complex..bagi pelajar dimukabumi laen seperti UK, Ireland dsb, mereka mempunyai system yang berbeza secara total dengan system yang diterapkan diCzech Republic ini...name pun czech ni unikkan...hehehe...
Jawapan yang mampu aku kemukakan ialah final exam kami2 disini sangatla extraordinary, ini la penyebab utama yang sering menyekat kebebasan kami untuk pulang pada waktu yang tetap....sememangnya jawapan kepada soalan 'bila korangnyer summer break?' 'tarikh balik bila?'..tiada sapa yang mampu menjawap dikala ini kerana semuanya masih uncertain... nak cerita panjang tentang final exam kami2 disini pun susah sebab xkan boleh habis dan korang tak akan paham jugak.. aku rasa sampai sekarangpun family aku sendiri masih tak berapa nak faham jugak system kt sini..haha..tapi takpa asalkan sokongan mereka sentiasa ada dalam apa jua keadaan, aku dah amat bersyukur..hehe~
Kesimpulan kecil bagi pembebelan di atas adalah, tolong jangan tanya banyak kali bila aku akan pulang ke Malaysia.. kerana aku pun tak tahu mcmana nak jawap soklan kalian, bila tarikh exact aku akan pulang...tapi yang pasti aku insyaAllah akan pulang..!! bertabahlah anda menunggu kepulanganku...aku tahu kamu2 merinduiku..hahahah~

Seterusnya, Bercakap mengenai winter melambai pergi.. seringku bertanya sendiri, bilakah sebenarnya masanya akan sampai..suhu tertinggi dikala ini adalah 3degree celcius berserta snow masih berterusan walaupun adakalanya ia mencair, tetapi masih tidak secara total...

Mahu dirunguti, takut digelar kufur nikmat...hanya pasrah meredah kesejukan melampau dikala melangkah ke kelas, akur bangkit walaupun kenyamanan tidur diwaktu pagi sentiasa mengugat iman, kelicinan dan kebecakan jalan yang merimaskan blablabla...ni kira merungut x??hahahaa..layan je la.. itu la fitrah manusia sentiasa kurang bersyukur dengan nikmat yang dikurnia... bila panas mahu sejuk, bila sejuk mahu panas, bila kurus mahu gemuk, bila gemuk mahu kurus, bila berambut lurus mahu dikerintingkan, bila kerinting mahu diluruskan dsb...

sungai yang sudahpun beku dan mengeras dek suhu yang melampau sejuk!

Okela, sebelum aku lagi merepek dengan lebih panjang sampai korang ternganga2 sampai meleleh-leleh airliur bace.. baek aku benti dulu..nanti2 aku rajin aku cerita lagi...tata~!

gambar ihsan dari : klik!


9 comments:

sueabubakar said...

wahhh..
madah berhelah la ko koin~~~
hehhe!papepon gud luck for ur summer semester!!



aja aja!^^

s.c.h.u.l.t said...

hoho..sayang..tade ais mintak ais..dah ada ais mintak matahari! agagaga ;)

goodluck menempuh exam dgn hati dan jiwa yg tabah!!~ taking care koinchannnnnnnnnnn :D

lynawan said...

I setuju semua yg Kak Koin ckp.
mak sy ckp: dulu tgedik-gedik nk pi, lai tgedik-gedik nk balik pulak dah.
hehehee

hirumi said...

hehe.so,beli tiket flight right on the spot bila dah pass biochem, physio and czech.hehe

kokochan said...

koin---> sue :
haha aku memng suka bermadah ni..merepek lagi aku suka..hahaha~
neway thanks sue!!hehe~

kokochan said...

koin--->shud :
tu la pasal, koin...koin..hahaha~
thanks shud!!! good luck for ur exam too~

kokochan said...

koin--> lynawan:
tu la pasal..haha manusia memang pelik..[termasuk diri sendiri!haha~]..

kokochan said...

koin---> hirumi:
ye encik hirumi..hehe~
fikir exam dlu bru fikir nk balik mesia..hehe~

ijoy said...

patutla cam kenai gambor2 kt sini.. wakaka..